Saturday, December 15, 2012

Cerita harijadi model yang comey lote




سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Assalamualaikum w.b.t


Sedang belek-belek folder gambar di dalam komputer riba tiba-tiba teringat belum update lagi cerita ini. Walau sudah berlalu 5 bulan, tapi hati ini meronta-rotan mahu update juga. Mak tak kira!

Pada 15 Julai 2012 yang lepas, colleague saya yang sangat comel, iaitu cik Lili telah menganjurkan satu parti hari jadi yang sangat lah ohsem dan comel di Taman Tasik Titiwangsa. Harijadi beliau jatuh pada 16 Julai tapi oleh kerana 16 Julai itu ialah hari Isnin, jadi buat sehari awal. Parti ini ekslusif untuk orang-orang yang osem sahaja. Dan tak sangka pula saya terpilih untuk diberikan jemputan ke parti osem ini. Maknanya apa tu? Wah. Tak sangka saya telah dianggap osem oleh cik Lilie. Oh. Terharunya. Girangnya hati ini! Dalam diam-diam rupanya beliau menganggap saya osem. Dalam hati ku tiba-tiba ada taman! gituwww! ahahahhh ;p

Tema pakaian adalah warna putih. Manakala tudung/accessories pula hendaklah berwarna turquoise atau coklat. Tetapi ada juga yang tidak ikut tema tau. Nak kena babap nih! Wachaaaa! uhuh. Tak aci tau sebab susah payah tau saya mencari baju putih dan tudung turquoise tu. Akhirnya dapat juga beli di Muaz, Jalan Tar. Harga tudung, RM 5.90! Baju pula RM24.90! Wahhhh. suka sukaaa! Alhamdulillah! Hiks.

Baiklah. Sudah malas taip panjang-panjang. Jom cekidaut gambar-gambar ...



Venue : Taman Tasik Titiwangsa
Date : 15 July 2012
Idea & Prop : Lilie & Zuryn Haniran
Photographer : Zuryn Haniran
Awesome guests : Malis, Zurin, Dilla, Huda, Adik Dilla, Siti, Iwan dan Nadia Bayu
VVIP : Cik Lilie



Birthday girl yang comey lote.
Kelate mari.
 My colleague & model untuk Khaylaa Hijab
Lebiu Lilie!


Terima kasih banyak-banyak Cik Lilie sebab sudi jemput ke party anda yang sangat lah osem ini. Siap dapat goodie bag lagi! Secara personally sangat-sangat suka idea and deco untuk Lilie's 27th birthday ni. Kreatif betul Cik Lilie. Kami semua mendoakan Cik Lilie dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dirahmati dan diredhai-NYA. Amin.

Wednesday, November 14, 2012

Mumu's 29th birthday -entry terperam- uhuh


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Assalamualaikum...



Ini adalah entry yang terperam sejak 7 bulan yang lepas.Dengan tidak malunya, mahu juga update dalam blog ini. hew hew hew. Gatal nak update blog tetapi tiada idea mahu update cerita apa. Korek-korek draft tengok entry ini masih tersimpan rapi...tak berusik sejak 7 bulan yang lepas.... hari ini dengan gigih cuba siapkan entry ini. uhuh. takpekan.. ahahaha ;p

Ceritanya begini.. Pada 22 April 2012 yang lepas, seorang wanita yang tak berapa nak muda telah menyambut hari kelahirannya yang ke 29. Alhamdulillah, panjang umur beliau. Semoga beliau dikurniakan umur yang panjang dan dapat memanfaatkannya dengan kebaikan. Amin. Eh korang kenal ke perempuan ni? Macam kenal kan.. Perempuan comel ini merupakan isteri solehah dan bakal menjadi ibu mithali kepada anak-anak yang soleh dan solehah. Amin. Suami beliau pula merupakan lelaki yang kacak bergaya dan juga suami mithali yang bakal menjadi ayah yang penyayang kepada anak-anak yang cemerlang di dunia dan akhirat. Amin. Mintak tolong korang aminkan ye. Semoga Allah makbulkan doa-doa tersebut. Amin. hikssss! :p

Pada malam menjelang hari kelahiran isteri comel ini, si suami hanya memberikan ucapan selamat hari lahir. Isteri ni bujet ada lah surprise kan. Yela, sebelum ni si isteri comel ni sanggup bersengkang mata dan berpenat lelah membuat kejutan untuk suaminya. Tapi bila turn isteri, suami hanya sekadar bagi ucapan... FINE! Nak majokksss la macam nih! ahahahahhh.. acah je. Si isteri tak merajuk pun. Isteri tak kesah. eh eh ye ke tak kisah. Ok lah. ada la rasa sedih secoet dalam hati. se-coet jek. tapi cepat-cepat pujuk hati sendiri. Nak jadi isteri yang understanding dan solehah. Amin. hiksss ;)

Pagi keesokkannya, si isteri bangun la untuk memasak sarapan. Tengok-tengok si suami tiada di rumah. Eh eh pergi mana pulak suami soleh ni? Tiba-tiba si suami balik dengan macam-macam plastik di tangan. Ada mee goreng, nasi lemak, roti canai dan juga cupcakes! Oh rupanya si suami mahu membuat birthday breakfast surprise untuk si isteri. Ala. Comelnya. Walau surprise tidak berapa nak menjadi, tapi tetap comel di hatiku. uhuh.. berharap ada lagi surprise lain pada hari tersebut tapi sampai ke malam, tiada apa-apa. Oh.. ku pasrah. uhuhuhuh...

Hari-hari yang seterusnya berlalu seperti biasa. Si isteri pun sudah dapat menerima kenyataan yang tahun ini tiada birthday surprise. Si isteri redha... (T_T)

Sampaila pada 30 April 2012... seperti biasa, pada pagi tersebut, si isteri bangun untuk bersiap-siap untuk ke pejabat. Tengok-tengok si suami masih di rumah. Eh? Peliks! Selalunya awal-awal lagi si suami sudah pergi kerja. Si isteri pun kejutlah si suami takut-takut beliau ter-overslept selepas solat subuh. Bila kejut, suami beritahu hari ini ada meeting di luar jadi keluar lewat sedikit. Oh patutlah. Si isteri pun pergi la ke pejabat tanpa sebarang syak wasangka pada suami.

Bila menjelang petang, seperti kebiasaan, si suami akan bertanyakan is isteri balik pukul berapa. Suami beritahu petang ini ada meeting jadi akan balik lewat. Peh. banyak pulak meeting dia hari ini. Oleh disebabkan suami akan balik lewat, si isteri pun mengambil keputusan untuk balik lewat juga sebab mahu shopping barang dapur. baru adil dan saksama kan. hew hew hew. Time tengah shopping si suami asik dok telefon si isteri je tanya kat mana. Beliau pula tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Pukul 8.30 mlm, suami telefon.. 9.00pm telefon lagi.. 9.15pm pun telefon lagi. Bila suami telefon pukul 9.30pm, suami tanya di mana dan suruh balik sekarang juga kerana risaukan keselamatan si isteri. Isteri time tu tengah shopping kat kedai betul-betul depan rumah. Uhuhuh..

Si isteri pun balik ke rumah. Ketika mahu membuka pintu... jeng jeng jennnggggg. kasik efek suspense sket. uhuh... si isteri terkesima buat seketika kerana telah disambut oleh pari-pari berjantina lelaki yang bersayap merah jambu dan juga berkemeja T merah jambu. Si pari-pari sempat mengucapkan 'happy birthday' dengan penuh keseksian sambil tersenyum panjang hingga ke telinga. Anyonyonyonyonyo.. Comelnya pari-pari ni. Bisik hati. Eh? Eh! Baru tersedar rupanya pepari tersebuat ialah encik suami. Comelnya suami ni! bisik hati lagi ;p

Si isteri kemudiannya di bawa ke ruang tamu. Subhanallah. Ruang tamu dipenuhi belon berwarna merah jambu. Tengok atas meja ruang tamu, ada cupcake merah jambu, macaron merah jambu, air merah jambu, beruang merah jambu.. dan ada juga kek aiskerim yang telah cair baik akibat si suami salah timing mengeluarkan kek awal sangat. Kasihan suami. Kasihan kek. Si isteri rasa bersalah. sebab sibuk dok shopping barang dapur tamau balik-balik.;( tssskkk

Suami bawa isteri ke meja makan pula. Subhanallah. Si isteri terkesima buat kali ketiga. Kenapa? Kerana di atas meja terhidang roasted chicken, grilled lamb, sosej, french fries, baked beans, scrambled eggs dan steamed broccoli. Lengkap. Nampak sungguh menggiurkan! Semuanya di masak dalam masa sejam sahaja. Wah. Kagumnya. Rasa mahu menanges. Tetapi air mata sangat degil. Tidak mahu keluar.

Jom layankan gambar...


Pagi 22 April 2012...

Surprise birthday breakfast. 
Saja nak bagi isteri gemuk kan makan banyak cenggini.
tssssk!
 Cupcakes!
si isteri memang gile cupcake. uhuh
Alhamdulillah



Malam 30 April 2012
 
Ini dia sayap comel yang pepari pakai. 
Walau pepari tidak berwajah jambu seperti k-pop tetapi pepari tetap
comel bersayap merah jambu.
tihehe ~~
My sweet and simple birthday surprise.
Prepared with love by mr hubby.
i feel loved!
Alhamdulillah.
Kek aiskerim yang telah cair bair akibat encik suami salah timing 
keluarkan awal sangat dari peti ais. uhuh.
ye. cik isteri yang bersalah..
balik lambat sangat..
(T_T)
 
Muka busuk baru balik dari office
Kagum nya tengok suami boleh masak macam ni.
Susah payah siap tanya mak beliau macam mana nak
marinate ayam dan buat scrambled eggs yang sedap.
*terharu*
Kalau selalu macam ni kan best.
ehem. ehem.
;p
Gigihnya si suami tiup belon satu-satu. Cari kat kedai bendealah yang tiup belon tu tapi takde.
Dia cakap nak tiup lagi banyak-banyak, tapi tak larat...
Alorrr..terharunye dengar..


Rupa-rupanya, si suami ambil cuti satu hari pada hari tersebut. Semuanya semata-mata untuk men-seprais-kan si isteri. Berpenat lelah pergi beli barang untuk masak, tiup belon, masak bagai....Suami yang banyak sangat bersabar melayan bermacam-macam kerenah isterinya yang satu... Oh sweet la awak ni encik suami! Terima kasih bubu! Moga cinta kita kekal hingga ke jannah! Dan dikurniakan zuriat dan keturunan yang soleh dan solehah dari kalangan orang-orang yang dicintai-NYA..  Amin....

Walau tiada hadiah yang mahal, saya tetap bersyukur. Bersyukur sangat dengan nikmat yang telah dianugerahkan buat kami sekeluarga. Sentiasa dilimpahi rezeki yang tak disangka-sangka. Alhamdulillah. Kawan-kawan, marilah bersyukur dengan apa yang kita ada pada hari ini. Janganlah menangisi apa yang bukan milik kita. Nasihat ini khusus buat saya :'(

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah dengan limpah rahmah dan kasih sayang-Mu.

Wednesday, October 17, 2012

Tudung dan Kempen


 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




 Assalamualaikum w.b.t 


 Bagi korang yang masih tercari-cari shawl untuk dipakai untuk 
Hari Raya Aidiladha atau apa-apa  majlis dan acara kasual,
boleh lah dapatkan 
El' Medina Shawl dari Khaylaa Hijab
Tinggal a few pieces je ni.
Dan ada color yang sudah out of stock.
 Material dari kain chiffon yang sangat lembut dan mudah digayakan.
Cubalah!
anda pasti akan suka!
ecewah!
Untuk coverage lebih hebat, sila pakai bersama-sama inner neck ye ;)

Sila klik


Sara and Lili in El' Medina Shawl. Love allllll the beautiful colorss!!!
yumss.. yumsss


Heppp. ada sorang tu tetiba termenyelit pulak. Ce teka sape. 
uhuh ;p

 
Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman)
melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada mereka 
(An-Nur : 31) 






(Credit to Sue Anna Joe, Aishah Amin and CalaMan for these awesome campaigns.. salute la kat korang!)




 Lets lower down our hijab and cover the chest area.
 Put less of make up, say no to eyebrow trimming and false eyelashes.
Wear loose clothes, socks and don't forget,  arm socks too!
hikssss ;)



Mula-mula memang susah sangat, tapi percayalah,
bila hari-hari pakai..
nanti lama-lama mesti akan jadi biasa.


Joms! Joms! Joms!





Take care, korang!
Assalamualaikum...

Monday, October 15, 2012

tiu..tiu..tiu...saya muncul kembali !


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Assalamualaikum wbt...

Hai kawan-kawan? Apa khabar korang di sana? Awesomekah? Kalau awesome, syukur Alhamdulillah. Kalau tidak awesome pun, syukur Alhamdulillah juga kerana kita masih diberikan kesempatan untuk mengecap nikmat kehidupan yang sementara ini :)

Lamewwwww  nyeeeeeeeeeeeeeeeeeewwwwww sayewwwwww tark update blog kans kans kans? di facebook jugeww begituwwwww....hew hew hewwww. gediks tarrk? nyampahhhsss tarrrk koranggssss??? ahahhhhhahaha. memangss sengajerkkk jerrwww menggediksss.....sekaliww sekalew takpew kans? dah lamewwwww tark menggedikssss kat blog iniewwwww kans! uhuh! pehhhhh. rasa macam nak tampar pipi laju laju je sekarang ni. (--')

ramai yang dok bertanya, mane saya menghilang, saya ok kah, atau k.o kah, siap ada yang duk merayu-rayu suruh update blog. macam beginilah bunyinya :

'kak nadia.. kak nadia.. mane ni kak nadia menghilang? kak nadia ok tak? sihat tak?dah makan ke?  saya rindu nak baca blog kak nadia. plis kak nadia. plis update blog kak nadia yang super duper best tu. saya dah tak keruan dah ni. saya memang tak boleh tak baca blog kak nadia. saya rasa macam kehilangan sesuatu je. rasa macam dah hilang arah tuju dalam hidup ini. kak nadia, nanti update blog ye. plis. plis. plis. i love you kak nadia yang selim lagi awesome lagi bijaksana dan awet muda. saya doakan kak nadia sentiasa awet muda remaja belia, sentiasa dirahmatiNYA, dilimpah ruahkan rezeki yang halal dan awesome dunia dan akhirat.. dan dapat baby-baby yang comel lagi soleh dan solehah. amin'.

pehhhhhhhhhhh!! sungguh ku tak sangka mempunyai reader sebegitu rupa. eh eh. korang percaya ke? ahaha. ok, yang part rayuan tu memang sengaja saya reka. saja nak menyedapkan cerita. ahahahhh! tapi korang aminkan la part doa tu eh.. uhuhuh ;p

Kalau ada yang perasan, blog ini pun dah  kurus keding. banyak blogpost yang dah diremove dan difilter. entry kahwin bagai semua sudah yillek! begitu juga gambar-gambar gedik santai yang super annoying yang boleh menyebabkan keterbantutan selera makan selama seminggu (atau lebih mengikut tahap ketahanan diri masing-masing). jika lebih kronik, mungkin juga boleh menyebabkan kekejangan pada otot leher. whoaaa! dasyat betul efek dia kan. tak sangka pulak lah efek dia boleh sampai cenggitu sekali. minta maaf ya kawan-kawan.

Saya juga ingin memohon maaf buat semua andai selama saya berblog ini, saya ada menyakiti atau mengguris perasaan mana-mana pihak dengan tulisan saya, tersangka buruk yang bukan-bukan di dalam hati, terkutuk-termengumpat secara sengaja atau tidak sengaja...  minta maaf sangat-sangat ya korang! sesungguhnya saya tak nak hutang dosa dengan korang walau sekecil zarah pun. tapi kalau diikutkan antara adab minta maaf yang sebetulnya, haruslah kita mengaku dan menyebut kesalahan dengan orang yang ingin kita pohon maaf itu. maksudnya kita harus sebutkan kesalahan apa yang kita lakukan dengan orang tersebut. tapi seriously ada yang saya tak terperasan dan sudah lupaaaa ;((((

kalau ada yang tidak puas hati dengan saya atau berniat mahu menegur saya, bolehlah email saya di nadia_byu@yahoo.com. Kalau saya ada terhutang apa-apa dengan anda secara tidak saya sedari, silahlah beritahu saya ya. Minta maaf juga kalau sebelum ini entry saya ada yang mengaibkan sesiapa. Saya mengaku ada ketikanya saya menulis entry ketika sedang marah akibat komen yang diterima, dan akibatnya, entry tersebut penuh dengan unsur-unsur negatif. ;(((( minta maaf ya korang...


Gambar yang tiada kene-mengena. 
Gambar basi time raya aritu. with my lil cheeky rayyan.





itu sahaja buat masa ini. korang jaga diri bebaik ye. 
sayang korang!
Assalamualaikum.



Thursday, February 02, 2012

Bubu's 29th birthday

Assalamualaikum....



Lapan Januari 2012 yang lepas merupakan hari lahir encik suami yang ke dua puluh sembilan. 29. tapi nampak macam 22 je kan? ecewah! Hikss!! Seperti tahun yang lepas-lepas, si isteri cuba membuat satu kejutan buat encik suami. Pada dua tahun lepas, kejutan adalah seperti INI dan pada tahun lepas pula adalah INI.

Tahun ini agak berlainan sedikit dengan tahun-tahun yang lepas. Tema tahun ini berdasar kan kepada minat suami yang sangat-sangat mendalam dengan team bola Barcelona.

Al-kisahnya begini... seminggu sebelum birthday suami, dok pikir-pikir apa la nak buat untuk his birthday. Tiba-tiba terfikir nak tempah kek tema Barcelona. dah 2 tahun lebih hidup dengan encik suami. Memang dah masak sangat dengan minat encik suami. Beliau memang kipas-susah-mati Barcelona. Sanggup bangun pagi-pagi pukul 4-5 pagi semata nak tengok team Barcelona kesayangan beliau nih. Semuanya nak Barcelona. Jersey nak Barcelona, boxer nak Barcelona, mafla nak Barcelona, stokin pun nak sama warna dengan Barcelona, semua pun nak barcelona lah! Mencik tau!

So, berusalah cari gambar contoh-contoh kek yang ada unsur-unsur barcelona kat google. Dah carik design yang berkenan, terus order dengan Kak Huda si pembuat kek yang hebat!  Alhamdulillah, Kak Huda dapat membuat kek tersebut dengan jayanya! *tangan mengepak-ngepak sambil buat chicken dance*

Ingat nak surprise kan dengan kek je.. tapi tiba-tiba idea untuk meng-decorate-kan rumah dengan tema Barcelona datang dengan mencurah-curah  3 hari sebelum birthday encik suami. So hari-hari balik rumah lambat dari biasa. Sebab nak cari barang-barang. Bagitau encik suami, kerja banyak. terpaksa lah balik lewat. rasa berdosanya tipu encik suami. (tapi dah mintak maaf!) uhuh.  Lepas tu, barang-barang yang dah beli tu simpan diam-diam dalam kereta. Bila encik suami takde kat rumah, cepat-cepat bawak masuk dalam rumah. Kek pun cepat-cepat sorok dalam bilik. Nasib lah kek fondant, so memang tahan lah letak kat luar fridge 2-3 hari. Lepas tu terpaksa tunggu encik suami masuk tidur dulu baru keluarkan barang-barang tadi dan mulakan operasi yang dinamakan 'Operasi Mari Membarcelonakan Harijadi Bubu'. Tiga hari jugaklah operasi ini dijalankan dengan penuh berhati-hati dan tersembunyi. Risau je operasi ini dapat dihidu oleh encik suami. Akibatnya, mata menjadi semakin panda ;(((

Tepat jam 12 malam pada 8 Januari 2012, hanya nyanyi dan ucap selamat harijadi saja untuk Encik Suami. Mulanya dah plan nak bagi sebiji cupcake bentuk bola. Tapi last-last tak jadi sebab risau encik suami tahu surprise yang akan beliau dapat. so, hanya nyanyi dan wish je la. Lepas tu minta maaf sebab tak de buat plan pape. pandai tak cik isteri nih? uhuhuh ;p

Lepas solat subuh 8 Januari 2012 tu, terus berjaga nak buat final touch untuk 'Operasi Mari Membarcelonakan Harijadi Bubu'. Encik suami pula baru nak masuk tidur setelah satu malam tak tidur sebab duk kusyuk tengok bola. So biarkan je lah encik suami tidur sekejap dulu.. dia taktau tu nanti kena paksa bangun! hikss~

Lepas dah siap gantung and prepare semua, terus kejut encik suami dalam pukul 9 pagi. Kesian encik suami... Baru sejam lebih kot dibuai mimpi. Dahla kena paksa dengan si isteri  untuk pakai jersey Barcelona. Mata encik suami pulak kena tutup dengan mafla Barcelona. Encik suami ikutkan saje. huhuh... Kemudian, encik suami dipimpin  ke our living room....




jeng... jeng... jeng.....



SURPRISE !!



Happy 29th birthday, bubu!

Kawan-kawan,  haram tau tiup lilin masa sambut harijadi ni. Haram kerana amalan ini tiada dalam agama Islam tapi hanya ada dalam agama Kristian sahaja. Rasulullah S.A.W bersabda "barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golonganku" Masa ni tiada kesedaran lagi... tapi satu hari tu, mama tegur pasal ni. Terus tersedar dengan kekhilafan diri. Lepas ni tak nak tiup lilin dah! amin.

Okay. logo Barca kene tutup sebab ada seorang hamba Allah telah menegur tentang lambang salib yang terdapat dalam logo Barcalona. Sebelum ini memang tidak tahu lambang itu adalah salib. bila dapat komen tersebut, terus tergerak hati mahu google history of Barca's logo. and yes, lambang T warna merah dalam logo Barcalona diambil dari lambang cross St George, seorang catholic. Terima kasih kepada hamba Allah yang menegur tentang hal ini. dan saya juga dapat ilmu baru mengenai asal-usul lambang tersebut yang turut diguna pakai untuk bendera Georgia, Sweeden, New South Wales, Sardinia dan banyak lagi.
Ni kerja last minute.
Alhamdulillah, sangat berpuas hati dengan hasil tangan sendiri.  ;)


Beautiful Barcelona cake made by  
Memang selalu order kek and cupcake dengan Kak Huda. Kek dia semua
memang sangatttttt... SEDAP!


Priceless expression.
Ini muka tidur sejam setengah lepas tu kena paksa bangun tidur 
dan kena paksa pakai jersey Barcelona.
Muka kasihan betul! 
tihehehe~

Tapi beliau memang tak sangka betul cik isteri beliau ni nak buat surprise dengan theme Barcelona ni. Sebab selalu cik isteri duk kutuk-kutuk Barcelona je. uhuh ;p



Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum wbt :)