Saturday, July 18, 2009

Mari Belajar Sejarah-Asal usul BAYU.

okay murid-murid. kali ni cikgu nak ajar subjek sejarah.
haaaaa. yang kat depan tu, jangan tidur.
nak kene rotannn???
dengar cikgu abes ngajar dulu.

ni cikgu nak share pasal my grandpa a.k.a my atuk, Mustapha Hussain.
Ramai yang tak kenal beliau. even cikgu sendiri tak sempat kenal beliau.
tatau la penah jumpe ke tak. coz beliau meninggal time umur cikgu 4 tahun. :(

Beliau merupakan one the earliest founder of KMM (Kesatuan Melayu Muda).
ingat tak belajar sejarah dulu. ;p (ni tengah belajar subjek sejarah la kan. apela cekgu ni).

percaya atau tidak, atuk cikgu ni hampir menjadi the FIRST PRIME MINISTER (cikgu kasik bold sket. bangga beb!) of Malaysia.
oh yes. cume kalah SATU UNDI SAHAJA to Tunku Abdul Rahman. (ingat point penting ni k murid-murid ;p)
kalau menang, mungkin cikgu telah menjadi sumbody important skarang ni. (uhuh. berangan lebey ;p)

kisah hidup beliau telah dibukukan oleh aunty cikgu sendiri, Insun Sony Mustapha. Buku memula in BM version, then di traslate into English.

Title : The memoirs of Mustapha Hussain: Malay nationalism before UMNO
Author : Mustapha Hussain, Insun Sony Mustapha, Jomo K. S. (Jomo Kwame Sundaram)
Publisher : Utusan Publications, 2005
Length : 423 pages

murid-murid, sile bace overview buku ni.
cekgu bagi mase 30 saat.
nanti cekgu nak soal.
jangan ngelatt! tuhan marah!

Book Overview

"Mustapha Hussain was an extraordinary man, even for one who lived in extraordinary times. This English language translation of his memoirs traces his coming of age in a village in Perak in the early 20th century. He reminds us of a lost world and his perceptions growing up in a Minangkabau Malay community increasingly exposed to Chinese and Indian immigrants. After successfully making it to an English school in the tin capital of Taiping, he moves on to the Agricultural College at Serdang where he is later selected to become a lecturer." "His English medium education does not prevent him from working with other young Malays to form and lead the Young Malays Union (KMM), evidently inspired by Kemal Ataturk's Young Turks. Somewhat reluctantly, he follows the Japanese to Singapore where he is responsible for saving the lives of hundreds of Malay soldiers in the British colonial armed forces. Instead of collaborating further with the Japanese Occupation, he chooses to return to a difficult existence eking out a living on a Perak farm." "After the war, he rejoins the anti-colonial nationalist movement, but manages to avoid the severe repression against the radical Malay youth of early 1948. Later, in 1951, he loses the nomination for the presidency of UMNO by only one vote to Tunku Abdul Rahman, who went on to lead the country to independence and serve as its first Prime Minister. This extraordinary memoir must be read by anyone interested in Malay life in colonial Malaya, the origins and development of radical Malay nationalism as well as Malay politics in the mid-20th century more generally."--BOOK JACKET.


dah habes bace??
bagus.
nanti cikgu belanje coklat ding dang satu.


BM version


English version


asal usul Bayu dat became part of my name :> (sile click gamba to enlarge image)



segmen sejarah TAMAT!
puas ati?

bestnye balik kampung *lompat-lompat*

wawiiii.
sangattt best balik kuantan k.

before balik, saye sempat call mama and pesan beli 2 bende ni:
-petai
-durian
haha ;p. sampai-sampai umah je dalam pukul 12.15am, mama ajak makan nasik.
lauk ikan goreng, petai n cicah dengan sambal tempoyakk!(as requested by me, yeay!)
memang teruja gile la. takyah lauk penuh meja, lauk macam tu je dah cukup.
memang boley buat sampai tambah nasik sampai 3 pinggan. serious k!
dapat makan macam tu kat umah je. kat kl segan lak nak makan camtu.
abes toilet nanti bau perfume petai :P huhu.

smenjak due menjak ni memang almost every week balik kuantan.
balik ni pon kene mintak cuti half day coz patutnye kene keje on saturdays!
tak best kan? :((((

balik sebab nak settlekan banyak bende. tapi Alhamdulillah, main things macam wedding planner, caterer, venue for reception sume dah confirmed. baju nikah and sanding pon otw tgh buat. wedding favor and wedding card yang buat pening kepale ni.

untuk wedding card, ader jumpe satu indonesian vendor ni.


kartu-undangan

the vendor quoted me RM1.11 p/pc for 500 cards. harga die da best dah untuk hard cover nye card. tapi kene transportation charge yang tak best. kene add up another RM300. bile dah tambah tu, kire jadi skeping dalam RM1.80 la. memang kene cancel la jawabnye!

Ujian-NYA

entry kali ni mungkin kelihatan agak Islamic. just nak kongsi email yang saya dapat ni dengan uols. dan juga untuk muhasabahkan diri sendiri sebab kadang-kedang lupa diri dan marah dengan ujian yang diterima (teruk n daif kan saye :( isk!). kadang-kadang tensen gile pikir pasal keje-lovelife-family-kawan-kawan-personal probs, etc.tapi insya Allah, pasni akan cube besabar. besabar. n besabarrrrr......

Daripada Abu Said Al-Khudri dan Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

“ Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.”

(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Ulasan Hadis :


1. Setiap manusia yang ALLAH cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,ALLAH menguji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

2. ALLAH menguji seseorang itu kerana ALLAH SWT mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada ALLAH hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

3. Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada ALLAH SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang ALLAH beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita. --(terkene kat batang hidung sendiri!)

4. Bukankah,ALLAH telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang ALLAH tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. ALLAH tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi ALLAH berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya.

5. ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah yang ALLAH sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti ALLAH telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya..

6. Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya ALLAH sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya ALLAH yang mengetahui rahsia kehidupannya..Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.

7. Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada ALLAH, ALLAH lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada ALLAH SWT.Selalu diingatkan yang ALLAH tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, ALLAH itu Maha Mendengar.


WALLAHU’ALAM.

notakaki-im trying to be a better person. insya Allah. doakan saye ye :)

Friday, July 17, 2009

si encek harry.

okay ebribadi(everybody), sile jeles dengan saye!

sebab saya baru sahaja menonton Harry Potter:Half Blood Prince!!
hooooyeayyyy~~~~

encek tunang la tibe2 ajak tengok harry potter and die amek kat office.
semangat gile pegi. siap pakai baju kurung tu straight from office!!!
wallaweh! malu gile pakai baju kurung tengok wayang.
naseb pegi tempat busuk kat ampang ni jerrr.
ingat sorang je pakai baju kurung, rupenye berduyun-duyun lagi.
mesti baru balik dari office and memang tak nyempat2 nak tgk HP ;p macam saye!

tengok show kul 830pm. show die 2 jam setengah je.
ingat sampai 3 jam.
tapi siyes la, saye suke lagi HP dari transformers!
pas abes tgk tu, rase cam baru 5 min je start, nak climax(dumbledore matiii.yup mati) tet tet HABESSSSSS!!!~
memang cite tu tergantung macam tu.
even tak brape nak banyak die nye action, still rase BEST! :)
sequel yang ke enam ni banyak masukkan unsur teen romance but light jek la takde berat-berat. sangat enjoy tengok coz ader certain plot yang kelakar.
ader jugak bacer review suruh bacer skali novel die as die banyak cut plot penting.
(ye ke? tatau la coz takde mase la nak bace novel die :(. hmm)

tak sabar nak tunggu yang final sequel, Harry Potter and the Deathly Hallows.
final sequel ni akan di split into two movies in 2010 and 2011.
lame lagii nak tunggu ni.. tapi saye sudah tau ending die. huhu :P

notakaki: esok balik kuantannnnn. yeayy. yeayyy. yeayyyy.... orang2 kuantan yang tinggal di kl, sile jeles :P

Wednesday, July 15, 2009

thank youuu :)


mengapa kakimu berambut lebat??


Thank God I found You

I would give up everything
Before I'd separate myself from you
After so much suffering
I've finally found unvarnished truth
I was all by myself for the longest time
So cold inside
And the hurt from the heart it would not subside
I felt like dying
Until you saved my life

Thank God I found you
I was lost lost without you
My every wish and every dream
Somehow became reality
When you brought the sunlight
Completed my whole life
I'm overwhelmed with gratitude
Cause baby I'm so thankful i found you.

I would give you everything
There's nothing in this world I wouldn't do
To ensure your happiness
I'll cherish every part of you
Because without you beside me I can't survive
Don't wanna try
If you're keeping me warm each and every night
I'll be all right
Cause I need you in my life

See I was so desolate
Before you came to me
Looking back I guess it shows
That we were destined to shine
After the rain to appreciate
The gift of what we have
And I'd go through it all over again
To be able to feel this way

Thank God I found you
I was lost lost without you
My every wish and every dream
Somehow became reality
When you brought the sunlight
Completed my whole life
I'm overwhelmed with gratitude
Cause baby I'm so thankful i found you..... :)


notakaki: tengah mood jiwang okeh. soweee!

krispy kreme ohh krispy kreme



hoyeaaaa.
akhirnyaaaa~~~~
dapat jugakkk merasa krispy kreme!!
(maaf atas kejakunan saye)

oh yes. seperti yang ramai orang kate, krispy kreme(kk) a bit sweeter than j-co n big apple. but still saye rase lagi best dari j-co, for sure! donut die lembut gileeee. simpan 2 hari pon, still lembut lagiii. tapi sedey, kk ni tak banyak sangat flavour donut die. tak macam jco. tak best coz tak colorful la :P.

kawan saya ade bagi petua, biarkan kk tu semalaman dlu, esok nye baru makan. nanti tak rase manis sangat. tapi saye tak kisah. memang suke manis2 ni. uhuh.

sangat puas ati! ilang da rase mengidam ;p

Thursday, July 09, 2009

sape nak pegi jakarta?



waaaaaaa~~~so in loveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee with this cute+yummy+sweet pink paperbag~~~ got this from WLT's (blog die sangat best. banyak gile info pasal wedding!!).

paperbag ni ade jual kat jakarta. so sape yang nak pegi jakarta tu,
plisssss.plissss. plissssss. saye nak kirim paperbag ni~~~~~~ ;p

or ader sape2 yang tau mane-mane kedai bley come out with same design cmni?

Sunday, July 05, 2009

kisah bell

yeaa!!
minggu ni dapat balik kuantan lagi!
last week pon balik kuantan juge with encek tunang.
minggu lepas balik sebab nak ukur baju.

balik kuantan minggu ni atas disebabkan:
-birthday abah on july 3rd and mama, july 5th
-nak cari tukang mekap.
-cari perabot bilik pengantin.

ader junior kat MGSS dlu suggest kan bridal boutique kat stadium pahang, butik A.
gi la survey kat situ.
tengok kedai die, bley tahan lawa.
sangat suke deco die.

mulenye nak tengok mekap je. alih-alih duk tanye pasal pakej kawen sume.
sebelum ni dah deal dengan sorang lagi wedding planner (butik B) ni tapi belom official lagi.

so skang ni my mom dan saye sangat berbelah bagi.
tapi kalau baju pengantin, suke yang butik B.
harga lak butik A bleh bagi macam butik B and bagi same things yang butik B kasi.
agak banyak butik B kasi. antaranya:
-pelamin umah
-pelamin dewan
-hiasan bilik tidur
-arch
-walkway (red carpet+fresh flowers nye deco)
-wedding cake
-baju bridesmaid
-baju flower girl
-hiasan tangga umah
-meja pengantin
-alas meja+kerusi with bow die
-bunge tangan
-photography session (nikah, sanding + outdoor)
-2x mekap.
-sepasang persalinan lelaki + pengantin (untuk outdoornye session, die bagi pinjam gak mane2 baju kat butik die+mekap). yang baju sanding, mintak buat baju baru. so baju laki+pempuan die buat baru-tengkolok, tudung sume. tapi kene tambah extra $.

so skang tatau la.

lepas bincang-bincang tu. pegi beli perabot lakk. :) wiheeee~~~
ni antara watak-watak perabot yang sempat di amik gamba.
tapi tak bley tangkap gambar sebenarnye kat sini!
tapi si promoter ni baik hati dan berkate, 'suke hatilah nak amek gamba ke ape'
wiheeee ;p

mari membaca kisah bell (watak dalam beauty and the beast)



bell telah dipaksa dan dikurung dalam bangunan ini selama lebeh sejam



bell juge dipaksa untuk mengira bantal dan bean bags kat area ini. sungguh sadis. lagi sadis bile bell hampir tersesat akibat banyak sangat partition.



watak perabot yang kejam dan horror. tempat tidor si beast.



tempat si beast beristirehat sambil minum kopi cap kapal api waktu petang. keadaan sangat menyeramkan sesuai dengan personaliti beast yang kejam



ini antara yang telah di sumpah menjadi meja makan berkerusi lapan. salah seorang pekerja beast menceritakan seorang saudaranya yang mengakibatkan beast murka lalu di sumpah menjadi meja makan.







akibat cube membuat protes dan cube meng-reveal-kan beast yang kejam kepada pihak media, bell telah disumpah menjadi katil dan terperangkap di situ. kesian.

the end!



notakaki: okeh. saye memang suke merepek!

Monday, June 22, 2009

boleh pakai ke tak?

ahad yang semalam, after pegi kajang, sempat singgah gulatis ampang point. saje jalan-jalan cari lagi 2 pieces kain dayang + kain baju melayu for nikah. baju for dayang dah dapat 4 pasang. tapi satu kaler out sket. bukan baby pink macam yang dah beli before tu. ni cam pink orangie. terpaksa beli gak juz untuk back up if tak jumpe kain kaler baby pink yang same dengan beli before dis. pening pening kene carik pattern n kaler yang same so dayang2 sume outfit die seragam. saye plan untuk ader 4 dayang je. tak larat banyak2. bujet sangat ciput. dayang so far dah confirm 3 orang. yang sorang lagi ni tatau nak pilih saper. *sedang berpikir dan berpikir*

after dah dapat kain dayang, cari kain baju melayu for nikah. cari punye cari, dapat jumpe cari kaler yang almost the same dengan baju nikah saye. harga pon ok. tengok jenis kain tu. die tulis satin silk. ok. lembut je. selembut sutera. name pon satin silk. then terpikir. silk??? what?? SILK???? lelaki bukan tak boleh pakai silk ke? tapi ini satin + silk? so boleh ke???? tanye encek tunang, encek tunang pon agak confuse. tukang penjual tu indian. die cakap

'orang islam boleh pakai kain ni. bukan 100% silk. bukan dari ulat sutera. kite punye customer kebanyakan islam. so kite tau ini kain islam boleh pakai'.

tapi saya still tak puas hati! untuk dapatkan kepastian, saye call ibu saya. mama cakap 'lelaki tak boleh pakai sutera. even alas duduk ke, tie ke, alas tempat tidor ke, asal sutera, tak boleh pakai'. saye pon terdiam and berfikir.

encek tunang pon call kakak die tanye the same thing. kak long die pon cakap TAK BOLEH PAKAI. okeh. tak boleh pakai. noted dan understood.

so cari kain yang takde tulis silk! whatt??? semua pon campuran silk. shantung silk la, crepe silk la. semua yang cantik semua campur silk!!! arrrrrrr. tensennye. yang paling tensen, saye sangattt bekenan dengan satin+silk yang almost same color dengan baju saye tu. sangattt suke tau T_T . tapi apekan daya...

last last dapat gak jumpe kain yang tak campur silk. crepe aper tah nape die. kaler die tak selawa yang satin+silk. and quality pon jauh berbeza. harga pon apatah lagi.encek tunang cakap, beli je yang tu. tak kesah la lawa ke ape ke, asalkan tak haram lelaki memakainya.

dah beli tu, abang ipar encek tunang pulak call. sebelum tu encek tunang dah call tapi takde orang jawab. abang ipar die pula cakap, laki takpe pakai if bukan 100% silk. sebab yang silk tu dah campur dengan kain jenis lain. emmmmmmmmmmmmmmm.

time tu nyesal sebab dah beli kain yang tak berapa lawa tu. rase nak tukar balik je dengan satin + silk tu. tapi encek tunang cakap 'takpelah. dah beli kain tu. pakai jelah. dah yakin kain tu takde campur sutera. daripada kain campur silk tu, still was was boleh pakai ke tak. nak buat keje kawen ni biarlah dapat keberkatan dari ALLAH.'

okeh. saye setuju tak banyak soal dah pastu.

tapi still confuse ni, boleh pakai ke tak???
sebab kalau boleh pakai, saye nak tukar balik kain ni secara sembunyik2.
uhuh!