Saturday, September 19, 2009

salam kemaafan dari insan bernama nadia bayu


this is juz a quick update from me.

kene tido cepat2 ni.
esok pas sahur around 4am nak balik kuantan terus
with my roomie, cik Ct.




okeh, sempena nak raya ni, i nak ucap selamat hari raya aidilfitri to all my family members, frens, bloggers n pada semua la yang bace blog ni. nak mintak hampun dari ujung rambut sampai ujung kaki (ayat stended. uhh). mintak ampun ye if selama ni i ade buat salah secara sengaja atau tak sengaja, tersinggung perasaan ke, terkecikkan ati, terngumpat, terkeji, termengata, termarah, and segala sifat mazmumah yang tak elok tu. harap hampunkan ye.

mari set 0-0 mulai dari saat ini.

3..

2..

1...



tettttt !



scoreboard 0-0!


hoyeay :)





nak update citer kawen skettt bleh.
i baru amek kad kawen tadi.
n baju nikah pon dah amek last week.
nanti i citer panjang k. ;)


okay semua.
selamat hari raya.
maaf zahir batin.


SAYANG KORANG TAU !!

Thursday, September 17, 2009

best ke kawen??

oh nak raye dahhhh la plakkkkk.
rase mase sangattt cepat berlalu.

buat i makin cuak.
makin stress.
makin risau.
makin tak tenteram.
makin tak boley diam.

dok terpikir.

best ke kawen eh?

tetibe rase macam tak best pulak.
antara sebab-sebab yang mengundang ke-tak-best-an kawen:

1. nanti kalau raye, kene gilir-gilir. :( dah la kalau beraya, walau umah i di kuantan, tp tetap raye kat umah opah kat perak. kg encik tunang pula di Jay Bee. sorang kat utara. sorang kat selatan. camne nih??? sistem amek no giliran mestilah wajib dibuat. tapi agak pengsan gak la kalau 1st raye umah kite, n 2nd raye kat umah die pulak. kalau dekat takpe. ini jauhhhhh mak aiiiiii. mesti mengundang perang dunia ni!

2. tak boleh nak degil-degil. tak boleh melawan. oh. pangai semulajadi camne nak buang ni. i mmg degil yang amat. salah kan bulan i lahir k. i lahir bulan 4. zodiak taurus tu. lambang lembu jantan. oh. taurus memang terkenal dengan sifat degil. kalau gado mesti nak menang juge walau tau memang salah,still nak tegakkan benang yang basah juge. huuu. dah la time kapel ni, memang jarang ikut cakap encek tunang. n memang suke melawan cakap die. ooppsss! pas kawen nanti, boleh berubah kah? adoyaiiii~~~ harapnye boleh la. amin..

3. tak boley kuar sesuke ati. kalau nak kuar mesti mintak izin. nak kuar shoping kene mtk izin juge. nak pegi jalan tar kene mtk izin juga. tak boleh pegi sesuke hati dah macam skang, after balik keje je, suke merewang2 ke sogo la, jalan tar la. pasni nanti nak gi bilik air pon confirm kene mintak izin dlu. uhuhh. adoyaiiii lagi~~

4. tak boleh buat decision sesuke ati. kalau skang, kalau buat decision pon, tanye parents dlu. kadang tu tak tanye, decide sendri je. yerla, parent jauh kan. so kebykan decision, buat sendiri dlu. kalau da kawen, mesti ape2 kene bincang dulu dengan partner kite. silap2 nanti, nak beli brooch sebijik pon kene tanye, bley ke tak bli. uhuh (saye memang suke pikir remeh memeh cmni. uhhh)

5. 24 jam ngadap muke suami. tak bosan ke eh ari-ari kene ngadap muke die? mule2 kawen mesti lah best kan. tapi lame2 dah nanti. mesti cam bosan jek. buat bende yang same. borak bende yang same. eh. suke suki jek i buat assumption camni. tapi yerla kot, ader bace certain orang komen cm ni. ish. merisau kan jek.

6. tibe-tibe rase cuak pulak memikirkan cmne la true color memasing. ape akan jadi bile dapat tau true color die-and tak dapat terima? memang la kene give and take dalam every relationship kan. tapi if memang dah try and tak dapat terima juga, macam mane? tak best la kawen if tak dapat terima kekurangan setiap pasangan.


itu jek dapat terpikir buat mase ini.
kawan-kawan, sila insafkan saye.



tibe-tibe tanak kawen.... errrkkkk

Thursday, September 03, 2009

sila patuhi undang-undang jalan raya.

assalamualaikum semua..

oh. tetibe blank pula tatau nak tules ape ni.
tetibe rase ingatan sudah hilang.
adekah ini sindrom biase yang dialami olah bakal pengantin?
(T_T')

takpe takpe.
i cube kembalikan ingatan pada tempat asal.
*berusaha tangga kejayaan*



oh. okeh. teringatt!!


sabtu lepas sempat balik kuantan. yipeeee.
sangat gembira. sangat teruja. sangat bahagia.
terubat rindu kat my parents.
tapi... kejap jekk dapat spend mase dengan parents :(
*sedey*

sampai rumah je lepas peluk cium mama abah, terus tido!
penat gile coz dapat tido 3 jam jek malam before tu sebab
bz carik barang dengan encek tunang di sogo.
uhuhuh~~~

then petang sabtu tu, gi jalan2 carik bunga pahar dengan mama.
dulu ingat tanak letak bunga pahar.
so memang dari awal tanak beli.
tapi last-last tukar plan.
orang di sekeliling cakap kene letak bunga pahar kat pelamin.
kene eh?
kalau tanak letak pon takpe kan?

so tepaksalah bersusah susah carik bunga pahar lak ni.
tatau nak cari mane. banyak yang macam tak menarik di hati.
sebab memang ikutkan malas nak letak bunga pahar.
haishh!

ahad pula pegi jalan-jalan di ariani.
konon nak carik tudung for nikah.
try la beberapa tudung nih.
tapi tak berkenan juge.
macam cacat pula muke jadik nye.
muke jadik penjong penjong.(T_T)
salah tudung kah atau salah struktur muke i yang memang dah penjong?

nanti nak survey di munawwarah pula.
kawan-kawan ader idea tak mane nak dapat tudung cantik2 selain ariani n munawarah?

okeh. tamat cite bosan cik-nadia-mahu-kawen.
tukar citer pasal kete pula ye.

kawan-kawan nak tahu tak.
dengan selambanye i drive kete kl to kuantan berbekalkan roadtax yang sudah MATI pada JULY 2009!
dan juge membawa kereta dengan kelajuan 140-150km/hr !!

gile lanun la cik nadia nih.

sumpah i tak sedar roadtax i dah lame mamps.
tau-tau dah mati pon after mama check roadtax time nak blk kl senin tu.
sebelom ni memang tak penah check roadtax sebab pegi-balik keje naik train. umah i betul2 depan lrt. so kete tersadai kat parking umah sampai battery bape kali tah tak bley nak idop sebab sebulan-dua bulan baru nak start kete bawak jalan-jalan. tsssk!

time balik kuantan sabtu tu, selambe jek bawak laju-laju.
macam tak heran kene tahan polis ke ape.
gile samseng 18PL lah i ni.
haihhh~~~

(pakcik2 polis. pakcik polis trafik. pakcik jpj. tolong jangan saman saya. saya takde duit. saya nak kawen.)




muke bangge roadtax dah mati. eh eh tak.
muka gile cuak ni. tapi jumpe camera, muke tukar gembira. bile camera takde, tukar cuak balik.


n paling sadis apebile kereta i telah terlanggar BMW !
BMW okeh!!


kete bawah ni larr



tengok la jalan jammed gile time ni. time tu sebuk-sibuk tengok lane belah tengah sebab nak cilok gi sane plak. duk sebok-sebok tengok kete lalu lalang tu...

tibe-tibe...

'banggggg'
(okay. i failed buat sound effect2 ni)

tengok-tengok kete i dah langgar bmw tu.
tak sedar pon i tak habes tekan brake.
giler cuak time tu.

then kete bmw tu stop.
kuar mamat cine comel gile.
sambil gelak2 tengok i n buat macam ni.

kenape tak gerak. sepatutnye gerak la!

haih. sempat lagi tu.
saje la nak psycho i yang cuak tak ingat.

die tengok bumper kete die.
usap2 bumper kete die.
then die senyum n buat muke 'its ok dear. nothing to be worried about. kete i kental!'




Alhamdulillah.




LEGA!!!!!!!!!!!!!!!!!!