Friday, November 19, 2010

Entry terperam : 3 october 2010

Salam semua.

sempena minggu raya nih, aku nak cerita pasal rumah terbuka. ekceli entry ni dah lama dah tersimpan dalam draft. memang kalau buat ikan pekasam, dah berulat-rulat dah kot.

Kejadian rumah terbuka ini berlaku pada 3 October 2010 yang lepas. dah lebih sebulan berlalu. Hari ni baru nak keluarkan entry ini. padahal  entry ini sepatutnya sempena raya aidilfitri. tapi aku tak kira. aku nak cerita time raya aidiladha. oh 3 october yang lepas, aku dan encik suami telah meng-organize satu open house kecil-kecilan. eh perumpamaan yang paling tepat, makan kecil-kecilan. kami hanya menjemput rakan-rakan office, ex-housemates, rakan-rakan encik suami yang berapa kerat dan beberapa orang saudara-mara. rumah sekangkang kera je. segan nak ajak ramai-ramai. kesian kat tetamu kalau tak selesa. itu pun ada satu time, kawan-kawan datang segerombolan. terus rumah jadi padat gila macam sardin dah. ada yang terpaksa makan kat luar rumah. aihhh. kasihan mereka. (T_T). eh rumah, kenapa kau tak boleh bertukar jadi besau sikit eh?

Malas cerita panjang, korang layan aja lah gambar-gambar kat bawah. ini je yang sempat aku hamek. tak sempat ah nok. tuan rumah yang berwibawa mestilah busy ke hulu ke hilir. eceh.


Mee jawa dan laksa
order dari makcik bernama makcik maryam.
dia ada kedai dekat dengan ong tai kim.
pernah pekena laksa dan mee kari
kat kedai makcik maryam 5 tahun lepas. 
sampai sekarang masih terbayang kehebatan
laksa dan mee kari makcik maryam
kemudian bersusah payah mencari kedai makcik maryam.
oh kedai dia masih kukuh di ong tai kim.
bisnes makin berkembang.
syabas makcik maryam.


Sardine puff.
Bersengkang mata buat dengan en suami.
en suami tolong potong-potong kulit pastry dan letak inti sardin,
kemudian aku kelim tepi-tepi dia.
buat sendiri semua ini.
sila kagum.
uhuh
(=,=)

Caramel pudding
buat dua bijik
gembira bila licin dua bijik

Rich cocoa pudding : rupa sebelum kuah di tuang.
nampak ada berketul-ketul tu?
itu sebab aku tak kacau betul-betul.
(--")

Rich cocoa pudding : selepas campur dengan kuah.
first time buat. 
resipi ambil dari blog mat gebu.
aku suka puding ni.
rasa nikmat gila bila makan sejuk-sejuk.
blueberry muffin, puding laici, puding santan
my auntie yang bawak.
sedap gila dia buat.
yang muffin itu die tempah. sedap gila juga.



kentang + mayonis + telur + bawang + lada hitam= potato salad
my all time faverito.
boleh makan berpinggan-pinggan sebab dah memang feveret haku.

ini dia abang aku bersama kakak ipar yang tolong 
buatkan nasi goreng cina yang sedap.
terima kasih kak mimi :)
eh ada seorang budak tiada dalam gambar ini.
cuba teka siapa.









itu sahaja cerita pasal rumah terbuka aku. walau cerita dah basi, tapi aku nak ucap terima kasih bebanyak pada yang sudi datang. aku nak mintak mahap kalau ada kekurangan. eh memang banyak terkurang kan. maaf banyak-banyak. pada yang tak sempat aku jemput tu, aku nak mintak maaf banyak-banyak juga. aku budak baik. sekian terima kasih.




terima kasih kerana membaca ;)





notakaki-sedang dalam proses mengpublish entry yang terperam.