Nak tanya korang nih boleh tak. kalau tak boleh pun saya nak tanya juga. korang pernah tak mengalami masalah gambar korang kena curi, lepas tu tengok-tengok gambar korang tertepek kat mana-mana web tanpa pengetahuan korang..atau ada makhluk yang tetiba menyamar jadi korang, lepas tu buat satu profile gunakan identiti korang kat facebook ke, friendster ke. Serious memang tak boleh tolerate dah dengan orang-orang sebegini. atau korang pernah dapat komen negatif yang berniat untuk menyakitkan hati korang ke, menganiaya ke, menganggu ketenteraman ke atau macam-macam lagi lah berkaitan alam maya ni. atau mungkin kawan-kawan anda pernah alami. di sini saya mahu share dengan semua macam mana kita boleh atasi tentang masalah ini. Actually keberkesanannya saya tak sure tapi korang boleh mencuba.
Oh. Senang je. korang boleh buat aduan kepada cybersecurity. Hanya hantarkan email kepada cyber999@cybersecurity.my dan ceritakan secara terperinci masalah yang korang hadapi. Masalah pasal sekuriti alam maya je ye, jangan pergi ngadu laptop korang kena curik pulak. atau boleh terus hubungi Customer Service Hotline di 1-300-88-2999. Tapi aku rasa better email je senang. Cybersecurity ni pun ada fanpage di FB. aku baru je LIKE. korang cari je Cybersecurity Malaysia. macam-macam info tentang cyberspace yang korang boleh dapat kat situ. atau boleh layari je web mereka di www.cybersecurity.my/. Memang pada korang masalah ni nampak macam remeh, tapi tak berkemungkinan benda yang kecil boleh jadi besar. kan kan.
Oh bagi sesiapa yang selalu dapat komen yang agak-agak boleh mengganggu ketenteraman korang, harus baca akta bawah ini. Yang tukang komen pun sebelum nak mengomen, kena paham dulu akta ini ya. Kang tak pasal-pasal boleh kena dakwa. (T_T)
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 :
apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
Renung-renungkan.
dan selamat beramal :)
p/s : kalau aku ada tersalah bagi info, tolong betulkan ye. thanx :)