Thursday, December 02, 2010

dup dap dup dappp.....

salam dear readers.

**just a quick update from me**

kena update laju-laju.  sebab mahu tidur awal sikit hari ini. esok ada annual dinner. tidak mahu muka bermata panda. mata panda semakin teruk akibat hari-hari tidur lewat. semua blog punya pasal. fb punya pasal. sob. (T_T) dan juga mahu menjaga suara. esok ada singing performance. eh bukan aku nyanyi sorang-sorang. tapi seramai tujuh belas orang yang menyanyi. aish. gabra nye. mintak-mintak esok tak tergolek atas pentas ke bawah pentas ke. aku kalau cuak memang macam-macam boleh jadik (--")

btw, mahu war-warkan sesuatu. Alhamdulillah blog Cik Nadia Bayu tercalon untuk top 5 blog kategori blog personal isteri pilihan. memang patutnya tak layak pun tapi termasuk juga. terima kasih korang kerana bersusah payah mengundi blog ini :). jasa korang amatlah saya hargai :). kasik lep terbang sikitt. fiuu fiuuuuuu~~ (tu sound efek lep terbang)

untuk final stage, kene undi lagi untuk pilih yang terbaik untuk setiap kategori. blog aku memang tiada harapan la. semua yang bertanding memang blogger yang otai-otai. (T_T). oh kategori feveret aku adalah blog personal wanita pilihan. ada blog-blog favourite yang bertanding. memang semua hebat-hebat wehhhh. aku pun pening nak pilih mana satu.



korang kalau nak mengundi boleh klik:  http://bpm-undi2.blogspot.com/
Undian bermula dari : 7 pagi 1 December - 2 petang 4 December 2010.



selamat mengundi
dan tolong  doakan suara  aku jadi  merdu time nyanyi esok. tssk. berdebarnya (T_T)


selamat malam~