Wednesday, February 24, 2010

Big! Gathering War Paint Ball | 27 February 2010


Hoyehhhhh kepada semua warga Blogger , Facebooker , Twitter , berduker² ataupun bersilent Reader! Disini aku Melz ingin menjemput korang meriahkan lagi Big! Gathering War Pain(t) Ball yang akan berlangsung pada 27 Februari 2010 ini .

Sememangnya apa yang aku inginkan adalah korang la sapa lagi! Miahaha kepada yang tidak ingin bermain PaintBall ini , boleh datang jgak tadehal kita hangout reramai yoh . Macam² benda nak kongsikan! haaa amacam nak tak? Miahaha

---------i copy bulat-bulat dari blog Mel Romeo a.k.a Melz. miahaha


Gathering ini anjuran otai Mel Romeo dan kawan-kawan blogger yang lain. Insya Allah kalau tiada aral melintang, i akan cuba join gathering ini. tapi i terpaksa bekerja pada hari sabtu tersebut hingga jam 2 petang. balik rumah siap-siap-pergi zoo-masih adakah para blogger di tempat tersebut? tidak diketahui. uhuh. apa pon, marilah kawan-kawan join gathering ini. berjumpa para blogger yang hanya dikenali di alam maya sahaja. tak nak main pon takpe. kite duk diam sambil mulut potpet bergossip je la. uhuh. 




amacam kawan-kawan. ada berani ??

Monday, February 22, 2010

bersuka-ria seperti kanak-kanak. seronok.



Lama sungguh tak hupdate blog. selalu bukak blog cuma approve komen. kemudian duduk statik depan lappy tatau nak buat apa. lately sangat busy dengan kehidupan seharian. penat dowh! ditambah pula celcom yang makin hari makin buat hal. tengah fikir untuk lompat ke digi broadband pula. celcom memang berukband. maaf ye kawan-kawan. tak sempat nak membalas komen-komen anda. *sigh*


Oh. minggu lepas time balik kuantan, sempat bersuka-ria di  gambang water park. dah buka since july last year. tapi baru  nak jejak kaki ke sana. jarang balik kuantan punya pasal. pergi dengan encek suami, my bro's family+my ex bridesmate, cik mira.


humaik aihhh. gila ramai orang okeh. nak carik parking satu hal. nak beli tiket pon kene beratur panjang giler!!



SIKIT je kan ?

 
tidak boleh mandi dengan memakai kebaya.
ingat!

CASHLESS. duit sume simpan dalam wristband. selotape di tangan.


kalau datang sini, wajib pergi tempat ini. Walau Ini hanyalah tempat untuk kanak-kanak. Tapi sangat mengujakan ok. Tahu kenapa?

2 ekor ikan gergasi

Kerana ada menatang ikan gergasi ini. Sampai satu masa, dia akan melimpahkan air keluar dari mulut gergasi dia itu. Time ni, korang harus lah tundukkan kepala ke bawah ye. Air dia kuat gila. Memang agak sakit bila kena limpahan air dia. Mungkin muka boleh cedera parah jika korang memberi muka kepada air tersebut.  Memang orang berkumpul ramai gila tunggu ikan gergasi ini muntah kan air. Dorang akan duduk ramai-ramai depan ikan ni. Kemudian tengok je ikan ni bergolek-golek ke depan ke belakang, time golek-golek tu lah, air akan di isi dalam mulut ikan ini. Sampai lah ikan ni berhenti bergolek, menandakan air sudah penuh. Dan orang ramai harus berjaga-jaga! Gila berdebar tak hengat time ni  tunggu ikan terbalik. Bila nampak je ikan ni nak terbalik, semua cepat2 tunddukkan kepala dan tunggu je time dihempap air. Memang tak berani la donggakkan muka. Bila dah habis saat-saat manis itu, semua bersorak ke-eksaited-san! Serious rasa semangat satu Malaysia bersatu-padu berhimpun Beramai-ramai menunggu saat-saat dihempap air.  Patriotic sungguh. Ceh.

 
teruja gila masa ini.haku memang stok jakun tengok benda baru. mesti kecoh satu kampung.
aduyai.


Semua  game i main. gambar-gambah di bawah semua ihsan google. tak bawah camera. hp pun simpan dalam locker. mahu all out. tak kisah bertukar dayang senandung. kunun.tak sedar diri berapa kali tah mengadu domba pada semua orang sudah hitam legam berkilat. (--")

game ni pon best. relax je. boleh menjelajah hidupan iglu dan berjumpa
penguin-penguin comel dalam terowong. i siap lambai-lambai
tangan pada patung-patung batu penguin. i memang jakun. tidak syak lagi.
naik ni pon i nak meroyan-royan. tak paham la dengan masalah keyakinan
dalam diri nih. masalah betul.


tapi satu game je yang saya tak main. game bawah ni.

tengok pon seram kan. nak nak baru lepas makan. risau terkeluar nalik je isi perut. haihh. next visit, mesti cuba main benda alah ni. tengok budak perempuan kecik main benda nih rilek je. siap 2-3 kali round tuh.  ni pulak makcik tua 27 tahun. haih. malu malu.

 
nih kenapa nih fatin muncung-muncung? jangan muncung macam ni. 
nanti gamba kene  eksploitasi buat iklan insuran.
naya je! (--")
  
Wooh. memang seronok gila. nak nak pergi dengan encik suami. oh rasa sungguh romantik berendam bersama-sama sambil dihempap air ganas. memang akan datang sini lagi. tapi bukan cuti sekolah atau public holidays. tak larat ramai giler orang. dah la bapa kali tah i tertelan air kat kolam dia. fatin pula dengan jujur mengaku die kencing dalam air. i tanya berapa kali. dia jawab 'satu je'. oh. sungguh jujur jawapanmu fatin. itu baru fatin, belom lagi orang lain. woh. tamau bayangkan apakah sisa-sisa toksid yang masuk ke dalam perut.  (--")

Wednesday, February 03, 2010

patut menangis atau ketawa ????

 
gambar petikan dari my nuffnang acc


cuba korang tengok betul-betul bahagian 
highlight merah itu. 
bukan perkataan wek! itu tapi yang 
dalam kotak merah itu. 
sapa punye keje ni pegi google 
dengan ayat sedemikian rupe.


hehhh. 



ni yang nak betukar 
menjadik incredible hulk ni.






uhhh
.
.
.
.
.

uhhh
.
.
.
.
.
.
.


uhhhhhhhhhhhhhhh
.
.
.
.
.
.
hiakkk!
.
.
.
.

.



okay. tak dapat bertukar.






(--")




Sunday, January 31, 2010

Cara Kesan IP Address

Woh. Tahukah anda mengenai Statcounter.com. Bagi yang tidak tahu, meh i story. Okay, ia adalah salah satu site yang menyediakan perkhidmatan visitor counter  yang mempunyai ciri-ciri yang sangat menarik yang boleh dijadikan widget di page kita. Dengan memasang widget ini, kita dapat mengetahui secara detail siapa visitor page kita, IP address beliau dan juga activity beliau contohnya; sesiapa yang mencopek gamba kita! muahaha. menarik dan hebat bukan. saya mengetahui tentang ini setelah blogwalking ke blog NescafeAis. boleh review entry beliau di sini.

Setakat ini, setelah memasang widget ini selama 40 min, saya dapat mengesan beberapa gamba yang telah di download:














 tihehe~~~
saya tak marah.
saya pun suka mencilok gamba orang.
ooppss. 


kantoi suda

(--")


Ingat! anda hanya perlu ke Statcounter.com dan daftar, begitu mudah bukan.



Bagi yang selalu diterjah oleh cik Anonymous yang annoying, boleh la memasang widget ini!

*gelak jaat*

Segmen masakan besama chef nadia (ecehhh!)



teruja nye hari  ini. my very first time untuk bercerita
mengenai resipi makanan. 

ngeh ngeh.


baiklah rakan-rakan...



resipi hari ini yang akan 
dipersembahkan adalah...




*drum roll plis*






KEK BATIK




Bahan-bahan

1 tin susu cair
1 cawan gula halus
1 paket milo paling kecil (200g)
1 sudu serbuk koko (cocoa powder)
1 biji telur
1 biji butter
1 paket biskut marrie (dipatah-patahkan)

( if tak berapa suka manis, bley kurangkan sukatan gula. kalau suka banyak biskut, boleh tambah lagi biskut marrie)

Cara-caranya


1. Masukkan semua bahan di atas kecuali biskut marrie dalam periuk.






  
2.  Kacau dahulu sampai sebati sebelum  panaskan di atas api







3. Kemudian, letak periuk di atas api kecil dan kacau sehingga semua sebati dan coklat menjadi sedikit likat.

4. Padamkan api, dan masukkan biskut marrie yang telah dipatah-patahkan. Gaul sehingga semua rata dan
semua biskut diselaputi coklat layer tersebut.

5. Masukkan ke dalam loyang. dan tekan-tekan sikit bagi padat dan mampat. Simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong.






 


6. Hasilnya. tadaaaaaa...











choc dia agak moist. maaf, first time buat, kurang kemas (--").


orang semua dah terer buat kek 12 tingkat, buat topping bagai, 
tapi saya baru berjaya membuat kek batik. 
yang tesangattt simple. 

oh. malu anak mama nanti.


*tiba-tiba*


apapun, siapa nak cuba, boley cuba.
memang resipi ini sedap!

:)