Sunday, May 23, 2010
nilai kasih ibu
Orang kata aku lahir dari perut...mak...(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati...... . mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya..... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan ..... mak
Bila sedih, aku mesti talipon..... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.....mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam, lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku...... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.....pasanganku
Bila sedih, aku cari.....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa.....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku (eh tak boleh sambut valentine)
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... . aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak
banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
mak pon bukan nye nak sangat duit kau.....
mak cume nak tengok anak mak je.....
mak cume nak pelok je anak mak.....
mak cume nak cium je anak mak....
Berderai air mata jika kita mendengarnya. ..........
Tapi kalau mak sudah tiada...... .....
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... .
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan
sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu
mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu..
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
source : copy from email
Tuesday, May 18, 2010
Hari Jadian | Part 2
Salam kawan-kawan
Entry kali ini mahu membebel lagi Oh. Cerita hari jadian masih belum tamat. Walau hari jadian sudah lama berlalu tapi biasalah. Dah dekat sebulan berlalu baru nak update. macam tak biasa je kan. haha. Saja mahu bahagikan kepada 3 parts. boleh membebel panjang lebar lagi untuk setiap bahagian. eceh. macam la ada orang nak baca apa yang kau bebel ni kan cik nadia bayu? eh puan. eh eh. ramai betul la nak pertikaikan kenapa i still kekal kan 'CIK' nih. (T_T)-uhuh
Dua hari selepas my hari jadian, my SIL buat makan-makan. acara tahunan yang paling ditunggu-tunggu. biasalah, kalau makan free, mesti laju jek kan. nak nak, makan tu special masak untuk engkau. kalau boleh subuh-subuh nak tercegat depan pintu. tapi sebab kerja. pukul 330pm baru sampai rumah my big bro. ;p
Sampai-sampai rumah, budak bawah ni dah tercegat depan pintu..
lepas tu budak ni sibuk tunjuk kertas dia tulis-tulis. nak tau dia tulis apa. dia tulis 'mak su cantik.. paksu hensem'. haha. sengaja kasik bold. tak tau mana budak ni dapat ayat sebegitu rupa. haih. patut amik gambar sebagai bahan bukti supaya korang tak ingat aku hanya pandai bermadah helah saja ;p. okay okay. nak muntah sekejap.

cooked by my SIL. sedap sangat. thank u kak mimi ♥
suka buat memek muka sexy la dia ni.
pastu buat-buat blur
(T_T)

Sila lihat hadiah harijadi pemberian cik fatin gebus. At first dia mahu bagi RM 4.00 duit tabung dia. tapi i
tak sampai hati la pula nak ambil duit dia. i suruh dia simpan je duit tu boleh buat beli roti bai lalu lalang kat rumah dia hari-hari. Last-last dia bagi Hello Kitty yang dia buat guna sand colors tu. awww. sangat suweet la kamu ni fatin. ni yang buat maksu makin sayang fatin ni. pandai betul amek ati maksu. cleber girl! :)
Entry kali ini mahu membebel lagi Oh. Cerita hari jadian masih belum tamat. Walau hari jadian sudah lama berlalu tapi biasalah. Dah dekat sebulan berlalu baru nak update. macam tak biasa je kan. haha. Saja mahu bahagikan kepada 3 parts. boleh membebel panjang lebar lagi untuk setiap bahagian. eceh. macam la ada orang nak baca apa yang kau bebel ni kan cik nadia bayu? eh puan. eh eh. ramai betul la nak pertikaikan kenapa i still kekal kan 'CIK' nih. (T_T)-uhuh
Dua hari selepas my hari jadian, my SIL buat makan-makan. acara tahunan yang paling ditunggu-tunggu. biasalah, kalau makan free, mesti laju jek kan. nak nak, makan tu special masak untuk engkau. kalau boleh subuh-subuh nak tercegat depan pintu. tapi sebab kerja. pukul 330pm baru sampai rumah my big bro. ;p
Sampai-sampai rumah, budak bawah ni dah tercegat depan pintu..
dah besar anak dara sorang ni.
wajah sungguh suci mulus dan pulus.
ni time dia nak pergi kelas mengaji.
oh fatin sekarang amat bijak
berkat hari-hari pergi class
smartreader & kumon.
chaiyo chaiyo fatin amalin bayu :)
lepas tu budak ni sibuk tunjuk kertas dia tulis-tulis. nak tau dia tulis apa. dia tulis 'mak su cantik.. paksu hensem'. haha. sengaja kasik bold. tak tau mana budak ni dapat ayat sebegitu rupa. haih. patut amik gambar sebagai bahan bukti supaya korang tak ingat aku hanya pandai bermadah helah saja ;p. okay okay. nak muntah sekejap.
Pemuda pemalu. encik rayyan.
pastu buat-buat blur
(T_T)

Sila lihat hadiah harijadi pemberian cik fatin gebus. At first dia mahu bagi RM 4.00 duit tabung dia. tapi i
tak sampai hati la pula nak ambil duit dia. i suruh dia simpan je duit tu boleh buat beli roti bai lalu lalang kat rumah dia hari-hari. Last-last dia bagi Hello Kitty yang dia buat guna sand colors tu. awww. sangat suweet la kamu ni fatin. ni yang buat maksu makin sayang fatin ni. pandai betul amek ati maksu. cleber girl! :)
Labels:
birthday,
Love,
parti harijadi
Tuesday, May 11, 2010
Dosa Dalam Facebook
Artikel ini saya petik daripada Akhbar Harian Metro, bertarikh 09 Mei 2010 Ahad, m/s D18 Segmen An-Nur, tulisan Ustaz Zaharuddin Abd.Rahman (Pensyarah Perbankan & Kewangan Islam UIAM).
Saya amat tertarik dengan artikel ini kerana ia banyak berkait rapat dengan kehidupan saya. Sebenarnya suami yang menunjukkan artikel ini kepada saya. Ya. saya amat tersentap ketika itu. Dan lebih baik kiranya saya dapat berkongsi dengan rakan-rakan blogger sekalian tentang artikel ini.
Oleh sebab saya malas mahu menaip keseluruhan artikel ini, jadi saya copy & paste saja dari laman web Ustaz Zaharuddin di SINI.
Mari kita hayati setiap isi-isi penting yang dipaparkan. Walau panjang lebar artikel ini, cubalah ambil sedikit masa untuk menghabiskan pembacaan artikel ini dari mula hingga akhir. Mari mulakan!
*****************************
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian
Cik Nadia Bayu : Ya. banyak betul persamaan dengan apa yang ditulis oleh Ustaz dengan diri ini. Insya Allah saya akan cuba perbaiki kelemahan diri ini. Ya Allah. berikanlah aku kekuatan untuk mengubah diri ini menjadi lebih baik untuk mendapat keredhaan-Mu Ya Allah. Amin.
Labels:
bahaya facebook,
facebook,
sudut renungan
Monday, May 10, 2010
Selamat Hari Ibu
Takkan pernah cukup waktu
Takkan pernah cukup perhatian
Takkan pernah cukup biaya
Takkan pernah cukup cinta
Bahkan takkan pernah bisa
Takkan pernah bisa
Segala yang kita lakukan
Tuk membayar pengorbanan IBU
Hanya doa yang bisa kuhaturkan
Untukmu IBU…
SELAMAT HARI IBU
Takkan pernah cukup perhatian
Takkan pernah cukup biaya
Takkan pernah cukup cinta
Bahkan takkan pernah bisa
Takkan pernah bisa
Segala yang kita lakukan
Tuk membayar pengorbanan IBU
Hanya doa yang bisa kuhaturkan
Untukmu IBU…
SELAMAT HARI IBU
selamat hari ibu buat mama dan mak.
love both of u sooooo muchhhh.
terima kasih di atas segala-galanya.
tak lupa juga buat semua kaum ibu + mommy to be di luar sana.
selamat hari ibuuuuu~~
oh bestnye jadik ibu kan :)
tak lupa juga buat semua kaum ibu + mommy to be di luar sana.
selamat hari ibuuuuu~~
oh bestnye jadik ibu kan :)
Subscribe to:
Posts (Atom)

