Monday, December 06, 2010

mana nak dapat baju yang cantik dan semat-semat ?




Salam semua~~


Hari ini mahu membawa anda semua membeli-belah. tetapi hanya secara virtual sahaja. sekarang semuanya mudah bukan. kuasa berada di hujung jari anda sahaja. hanya pilih, order, buat bayaran dan tak sampai tiga hari, barang tersebut sudah sampai ke tangan anda. sangat mudah bila bershopping secara online. lagi best kalau blogshop tersebut menyediakan pelbagai rangkaian pakaian. sebut sahaja, nak beli top ke, pants ke, dress ke, accesorries ke, skirt ke, hijab ke, semua ada. memang lagi senang kerja dan jimat masa kan?

so entry ini, saya mahu memperkenalkan sebuah kedai online yang menyediakan pelbagai jenis pakaian yang bukan saja cantik dan semat, tapi semua nya berharga RM 50.00 ke bawah. fakta menarik, sekarang blogshop tersebut sedang mengadakan jualan murah hujung tahun, jadi semua baju berharga bawah RM 40.00. tapi sale sampai 31 Dec 2010 sahaja ya.

lagi menarik sebab ada polisi pulangan baju untuk pertukaran dalam masa 7 hari. rata-rata blogshop yang aku tengok, dia tak bagi kita tukar baju selepas dah dapat baju walau tiba-tiba kau rasa baju tu tak sesuai dengan kau. kau nak tukar dengan baju lain, tapi tuan blogshop tak bagi. kau menangis meroyan pun tetap tak boleh tukar sebab dah termaktub dalam terma dan syarat. tentu kau rasa kecewa dan hampa kan sebab penat-penat keluar duit beli baju, bila dah dapat baju tak boleh nak pakai pulak. lagi sakit hati kalau baju tu mahal dan kau terpaksa pecahkan tabung ayam semata-mata nak beli baju itu sebab duit gaji kau dah habis. tapi bila berurusan dengan blog ini, korang tak perlu risau semua itu.



Antara collection yang menjadi my fav :

 *new collection*
oh serious cardigan ni comel gila. 
semua color pun aku suka. 
antaranya ada warna putih, hitam, kelabu dan warna hijau macam dalam gambar di atas. 
 memang cantik ada roses kat bahagian dada. 
macam dalam hati ada taman gitu. sesuai sangat lah.


 Yang ni pun aku suka. simple tapi classy. 

*new collection*
 yang ini pulak sangat comel kan.
sesuai untuk mereka yang sukakan gaya yang feminin dan girlie.
memang menggeramkan.

warna putih pun cantik.
kalau pakai otomatik menjadi comel.


Cantik sangat kan collection dari blogshop ini. lagi menarik sebab blogshop ini juga diakui sangat best dan pakaian-pakain yang dijual tersangat semat oleh seorang fashionista yang tersohor dan famous tak lain tak bukan, Cik Fatin Liyana yang sangat famous dan tersohor. klik SINI untuk melihat entry beliau bercerita tentang blogshop ini. comel gila cik Fatin pakai baju lace dan cardigan dari blogshop ini. aku memang minat betul kat Cik Fatin nih. shhh. ini rahsia kita-kita jek tau.

Oh aku ada berita baik untuk orang-orang Pasir Gudang dan Masai sebab boleh COD. kalau area selain dari dua tempat tu, korang terpaksalah keluarkan duit untuk pos penghantaran. tapi jangan risau sebab blogshop ni guna poslaju. so insya Allah selamatlah baju-bajuan korang tu. untuk orang luar Malaysia kalau berkenan dengan baju-baju dari blogshop ni pun toksah risau. korang boleh membeli-belah juga. lagi fakta menarik, kalau korang jadi member blogshop ni, korang dapat discount, dapat free gifts time birthday dan free kos penghantaran kalau korang beli melebihi RM150. wahhh. best betul blogshop ni kan.

Aku taknak kongsi sorang-sorang pasal blogshop ini. jadi aku nak share jugak dengan korang. cepat pergi serang tau. klik link bawah ni:

website




dan jangan lupa klik LIKE kat facebook




owner blogshop ini bernama Daini. memang sangat baik. sangat senang nak berurusan. kalau korang ada apa-apa pertanyaan just email je Daini kat admin@classywardrobe.com.


p/s : cepat-cepat membeli belah sementara tengah sale ni. aku pun nak bershopping lagi. weeee ;)

Saturday, December 04, 2010

hari terakhir...

salam semua~~

aku cuak. aku cuak. kenapa? sebab esok hari terakhir. hari terakhir apa? hari terakhir untuk mengundi Blog Pilihan Malaysia 2010. aku tengok sana sini duk bercakap pasal BPM ni. memang buat aku makin cuak. oh sebelum terlupa, mahu ingatkan esok pukul 2 petang, 4 Disember 2010, tarikh tutup untuk mengundi. sila lah mengundi sebelum terlambat.

aku baru tahu hari-hari kena mengundi. aku ingat hanya perlu undi sekali sahaja macam first stage hari tu. korang jangan lupa undi lagi sekali ek sebelum pukul 2 petang esok. kiranya, undian korang yang terakhir la untuk blog-blog kesukaan korang tu. aku tengok rata-rata persaingan amat sengit. undian semua dekat-dekat je dengan calon-calon bertanding dalam kategori masing-masing. fuhh. memang berdebar weh nak tahu keputusan.

Undian setakat 12.45 malam

kategori favourite. 
persaingan amat sengit sekali.
good luck to both of you, Cik Fatin Liyana dan Cik Irine Nadia Marcello.
Dua-dua blogger pujaan :)

kategori aku.
gila tu nak berentap dengan RM konon.
aku tau aku tak layak.
aku hanya sekadar blogger picisan
(T_T)


tapi..
tapi..
tapi..


kalau korang nak undi juga blog ini, 
aku tersangatlah berbesar hati weh.
*kelip-kelip  mata*



sokongan korang amat-amat aku hargai. terima kasih banyak-banyak aku ucapkan. aku memang sayang kat blog ni. dan sayang korang juga sebab korang tolong support blog ini. :)


p/s : terima kasih banyak-banyak juga untuk encik Mel Romeo dan Carl Samsuddin sebab sudi buat kan entry sempena  BPM 2010 dan masukkan blog aku sekali. terima kasih :)






terima kasih banyak-banyak korang
v('',)v

Thursday, December 02, 2010

dup dap dup dappp.....

salam dear readers.

**just a quick update from me**

kena update laju-laju.  sebab mahu tidur awal sikit hari ini. esok ada annual dinner. tidak mahu muka bermata panda. mata panda semakin teruk akibat hari-hari tidur lewat. semua blog punya pasal. fb punya pasal. sob. (T_T) dan juga mahu menjaga suara. esok ada singing performance. eh bukan aku nyanyi sorang-sorang. tapi seramai tujuh belas orang yang menyanyi. aish. gabra nye. mintak-mintak esok tak tergolek atas pentas ke bawah pentas ke. aku kalau cuak memang macam-macam boleh jadik (--")

btw, mahu war-warkan sesuatu. Alhamdulillah blog Cik Nadia Bayu tercalon untuk top 5 blog kategori blog personal isteri pilihan. memang patutnya tak layak pun tapi termasuk juga. terima kasih korang kerana bersusah payah mengundi blog ini :). jasa korang amatlah saya hargai :). kasik lep terbang sikitt. fiuu fiuuuuuu~~ (tu sound efek lep terbang)

untuk final stage, kene undi lagi untuk pilih yang terbaik untuk setiap kategori. blog aku memang tiada harapan la. semua yang bertanding memang blogger yang otai-otai. (T_T). oh kategori feveret aku adalah blog personal wanita pilihan. ada blog-blog favourite yang bertanding. memang semua hebat-hebat wehhhh. aku pun pening nak pilih mana satu.



korang kalau nak mengundi boleh klik:  http://bpm-undi2.blogspot.com/
Undian bermula dari : 7 pagi 1 December - 2 petang 4 December 2010.



selamat mengundi
dan tolong  doakan suara  aku jadi  merdu time nyanyi esok. tssk. berdebarnya (T_T)


selamat malam~

Wednesday, December 01, 2010

Apa harus anda buat jika gambar anda dicuri, atau ada yang buat profile palsu menggunakan identiti anda, atau mendapat komen-komen yang menganggu ketenteraman jiwa korang?

Salam semua.

Nak tanya korang nih boleh tak. kalau tak boleh pun saya nak tanya juga. korang pernah tak mengalami masalah gambar korang kena curi, lepas tu tengok-tengok gambar korang tertepek kat mana-mana web tanpa pengetahuan korang..atau ada makhluk yang tetiba menyamar jadi korang, lepas tu buat satu profile gunakan identiti korang kat facebook ke, friendster ke. Serious memang tak boleh tolerate dah dengan orang-orang sebegini. atau korang pernah dapat komen negatif yang berniat untuk menyakitkan hati korang ke, menganiaya ke, menganggu ketenteraman ke atau macam-macam lagi lah berkaitan alam maya ni. atau mungkin kawan-kawan anda pernah alami. di sini saya mahu share dengan semua macam mana kita boleh atasi tentang masalah ini. Actually keberkesanannya saya tak sure tapi korang boleh mencuba.


Oh. Senang je. korang boleh buat aduan kepada cybersecurity. Hanya hantarkan email kepada cyber999@cybersecurity.my dan ceritakan secara terperinci masalah yang korang hadapi. Masalah pasal sekuriti alam maya je ye, jangan pergi ngadu laptop korang kena curik pulak. atau boleh terus hubungi Customer Service Hotline di 1-300-88-2999. Tapi aku rasa better email je senang. Cybersecurity ni pun ada fanpage di FB. aku baru je LIKE. korang cari je Cybersecurity Malaysia. macam-macam info tentang cyberspace yang korang boleh dapat kat situ. atau boleh layari je web mereka di www.cybersecurity.my/Memang pada korang masalah ni nampak macam remeh, tapi tak berkemungkinan benda yang kecil boleh jadi besar. kan kan.

Oh bagi sesiapa yang selalu dapat komen yang agak-agak boleh mengganggu ketenteraman korang, harus  baca akta bawah ini.  Yang tukang komen pun sebelum nak mengomen, kena paham dulu akta ini ya. Kang tak pasal-pasal boleh kena dakwa. (T_T)



AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 :

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.





Renung-renungkan. 
dan selamat beramal :)






p/s : kalau aku ada tersalah bagi info, tolong betulkan ye. thanx :)


Tuesday, November 30, 2010

Blog best

Salam semua.



Ben Ashaari
http://www.benashaari.com/

hari ini aku nak cerita pasal blog encik ben ashaari. uish. siapa yang tak kenal beliau.beliau tersangatlah popular dalam arena dunia blogging ini. blog baru je wujud October 2009 lepas, tapi follower dah mencecah angka 5 ribu lebih. wallawehhhhhh. mantap mantap!

aku respek beliau kerana sungguh komited dengan blogging. dalam satu hari, mesti beliau akan update tak lebih 10 entry. dasyat weh! kalau aku, kompem mati kering sebab nak carik idea untuk menulis bukannya senang. (T_T). tapi beliau dengan relax sekali boleh buat entry banyak-banyak dalam satu hari. banyak juga tips yang aku pelajari dari beliau melalui blog beliau. nanti bagi lagi banyak tips-tips ye encik ben. :)

bila dia ajak aku join segmen blog best ni memang terus aku setuju! aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kewujudan segmen BLOG BEST ini. terima kasih en BA, kerana sudi mereview blog Cik Nadia Bayu ini. walau blog ini memang tak best, tapi ada gak yang sudi mereview. sape la yang tak suka kan. wohhh. terharu weh. *meleleh air mata*

terima kasih en ben ashaari :)




p/s : aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak juga kepada blogger yang pernah mengreview blog hampagas aku ni. memang sangat-sangat aku hargai. mekaseh sesangat korang :)



Saturday, November 27, 2010

Blog Pilihan Malaysia 2010 : Mari tunaikan tanggunjawab anda

Woot woottt.

Baru tahu cerita tentang contest Blog Pilihan Malaysia 2010 tadi. thanx to sis edriena hazelina yang inform aku. paling tak sangka blog aku pun turut tercalon dalam kategori 'Blog Personal Isteri Pilihan'. siapa lah gerangannya yang calonkan blog picisan aku ni masuk dalam BPM eh? aku sedar blog aku tak layak nak masuk. apapun terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada beliau. mari usha senarai-senarai blogger yang tersenarai.  aku print screen aje.

banyaknyeeee blog feveret! 
nama-nama blogger yang cukuppppp gah pun ada.
main kasar nih.
uhuh

serious terkejut tengok blog sendiri turut tercalon. 
eh biar betik?


Kalau tak silap, contest ni dianjurkan oleh Azman Roslan dan bantuan dari blogger lain juga. Undian bermula dari 26/11/10 jam 10mlm hingga 30/11/10 jam 8pagi. Jadi tunggu apa lagi, cepat buat undian blog pilihan anda. Aku dah pun undi tadi. Susah betul nak buat pilihan. (--") Oh sesiapa yang ada mengundi blog aku, aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. walau aku tau blog tak semenggah mana (T_T). eh sila bersyukur dengan apa yang anda miliki. tssk.

Sesiapa yang mahu undi, boleh pergi link INI 
http://bpm-undi.blogspot.com/




Sekian, terima kasih

Segmen masakan : Rich Cocoa Pudding



Ramai pembaca yang bertanya tentang resepi rich cocoa pudding ni. oleh sebab i ni jenis memang tak kedekut dan tak lokek ilmu, dengan sukacitanya i curahkan ilmu tentang resepi ini di sini. gila annoying punya ayat kan? padahal aku cedok sejibik-jibik dari blog mat gebu je resepi ni. bujet macam resipi sendiri. ceh. geli aku dengan minah nadia bayu ni. 

kalau korang nak tahu, aku selalu jugak bertenggek kat blog mat gebu kalau teringin nak cuba resipi baru. mesti skodeng dan cedok dari blog dia. semua yang aku cedok, semua menjadi. bangga aku. *control pernafasan*. eceh. 

oh tapi nak beritahu, resipi nih aku ada modified sikit. kat part kuah je. kalau nak tengok resipi asal, klik mat gebu : rich cocoa pudding. ikut suka hati korang lah nak ikut mana satu. kata negara demokarasi. pilihan terletak di tangan anda. eceh.

Sorry gambar kurang menarik. 
gambar ni ambil masa buat open house raya haritu. 
snap gambar pun selepas pudding sudah dikecah-kecah oleh tetamu. ;p.
tu yang bersepah.
oh pudding ni sebelum letak fresh strawberrie.
eceh.

Bahan-bahan puding :

4 1/4 cawan air
1/2 cawan serbuk koko, diayak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu tepung, diayak
1/2 camca teh garam              (aku tak letak)
4 camca besar tepung jagung (yang ni pun tak letak..terlupa sebenarnya ;p)
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk jelly                    (aku guna konnyaku jelly..memang tepat-tepat 10g)
3 camca besar mentega

Bahan-bahan kuah :


1 tin buah-buah cocktail
1 tin buah laici,asingkan buah dengan jus dia  (serius guna jus laici lagi sedap ;)
1 tin susu sejat Ideal


Cara membuat :

  1. Satukan semua bahan-bahan untuk puding kecuali mentega dalam periuk, kacau dengan whisk (pemukul telur) hingga semua sebati. Jerang atas api sederhana sambil dikacau tanpa henti. Bila bancuhan menjadi pekat, matikan api dan masukkan mentega, kacau rata dan tuang dalam acuan pilihan. Biar beku.
  2. Keluarkan rich cocoa pudding tadi dan isi dalam bekas sesuai. Masukkan juga isi buah-buahan cocktail tadi, susu sejat dan jus buah laici tadi. Sesuaikan tahap kemanisannya. Sejukkan dalam peti ais
  3. Hidangkan sejuk sebagai pencuci mulut. Siap!

 p/s : resipi lain aku post kemudian.

    Friday, November 26, 2010

    Part 1 : Trip to Jakarta & Bandung

    Assalamualaikum...

    Hari ini mencoba bersungguh-sungguh untuk mengupdate entry trip to jakarta-bandung setelah beberapa kali cubaan dibuat tetapi kecundang di tengah jalan. eceh. ayat skema gile. harapnya cubaan kali ini berjaya. gambate nadia bayu! chaiyo chaiyo. eh tapi cerita dah basi gile sampai ulat yang hurung pun dah jadi lalat lepas tu lalat tu sempat beranak-pinak. lepas tu sempat kahwin lain lagi (T_T). tsssskkk. aku memang seorang blogger yang slow motion serba serbi (--")

    Oh entry ini akan dipecahkan kepada empat bahagian. empat bahagian bermakna empat hari. harapnya berjaya lah update keempat-empat bahagian.


    Mari mulakan!




    Day 1:  Selamat tinggal mesia


    Actually, tujuan bercuti bukanlah bertujuan mahu berbulan madu. pergi pun beramai-ramai. seramai enam orang. patut berlapan, tetapi last minute, dua lagi tak dapat join atas sebab tertentu. tinggal kami enam orang. lima kuntam bunga. seekor kumbang. kumbang ni bukan main suka lagi. nak nak empat kuntum bunga masih anak dara. confirm lah dalam hati kumbang ada taman. berani lah kau kumbang. beranilah! :[ tuh gigi taring gwe sudah keluar.


    Pukul 5.15am sudah bangun! Flight pukul 9.50am. Jadi harus bangun seawal mungkin untuk ke LCCT. Bangun je awal. (eh awal ke?) Tapi pukul 7 baru keluar rumah. Naik lrt star sampai ke masjid jamek. kemudian tukar train dan ambil lrt putra pula menuju stesen KL sentral. Kemudian tukar pula naik skybus ke LCCT. Gila mencabar weh naik banyak-banyak public transport nih. Apa nak buat. takde transport lain dah yang sesuai.  Bertolak naik skybus dalam pukul 7.50am. ambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke lcct. Sampai di lcct lebih kurang dalam pukul 8.50am fuuhhhhh.time nih memang dok pikir sempat ke naik kapal terbang. pastu cemana kalau tak sempat nak breakfast dulu kat mekdi? mana lah kau tak naik 2kg nadia bayu. fikir nak makan je. (T_T)

    nasib baik sempat naik! :)
     


    Ingat. ambil gambar banyak-banyak dahulu. 
    sebelum join aktiviti macam mamat sebelah encik suami. 
    tasabarnyeeee!
    memang lepas ni terus dibuai mimpi.
    qada' tido balik sebab bangun awal sangat
    ;p


    sebelum itu, sila pastikan anda sentiasa memakai sabuk pengaman
    ya. 

    sikittt lagi... sikittttttttt lagiiiiiiiii nak cecah tanah

    Sampai Jakarta dalam pukul 10.50 am. Ambil masa dua jam saja dari kl-jakarta. tapi time jakarta lewat sejam dari malaysia, so jimat sejam :). eh kira lewat sejam ke awal sejam eh? selalu confuse dengan penggunaan perkataan yang sesuai (--") *malu dengan diri sendiri*




    cik kurus dan cik gemuk. 
    kasihan cik kurus kena tahan-tahan beg di sebelah daripada 
    tergolek jatuh ke hadapan.
    si gemuk hanya tahu snap gambar sahaja.
    *kelip-kelip mata*
    ye. pipi aku memang tembam gila.
    psst-tahi lalat kitorang sama. meh laga-laga tahi lalat.
    uhuh.

    Welcome to Tanah Abang! 

    Tak ingat sampai dalam pukul berapa. tapi journey dari airport Soekarno-Hatta to Tanah abang ambil masa dalam sejam jugak lah. actually tak lah jauh mana, tapi paham-paham lah kedaan jakarta time weekdays. memang macet bangat. macet tu jem dalam bahasa indon. memang menguji kesabaran sungguh!


    Begini rupanya keadaan dalam Tanah Abang.Hampir sama seperti Pasar Baru, Bandung. cuma Tanah Abang lebih besar. Ada 12 tingkat berbanding Tanah Baru yang hanya 8 tingkat. Oh tapi serius satu hari memang tak cukup tawaf semua kedai. Walau Tanah Abang lebih besar dari Pasar Baru tapi aku kurang suka Tanah Abang. Mungkin sebab masa tu aku tengah kelaparan amat dan keletihan gila. walau jumpa baju-bajuan cantik pun masih tidak automatik menjadi energetic. selalu pempuan confirm ah boleh terus jadik energetic bila nampak barang comel-comel, cantik-cantikan kan walau tengah penat nak mam*** kan kan kan. jangan tipu ah. eh ke aku sorang macam tu??? aku tau korang pun sama kan. tapi serius hari tu aku memang tak larat gila. sebab tu bila nampak kaftan murah yang sangatttt cantik yang sangat menggiurkan tapi aku jadi hati kering tak berperasaan. sungguh bukan perempuan sejati. time tu je lah aku tak berperangai sebenar.(T_T)



    Ini makan tengahari saya dan juga encik suami.
    Nasi ayam bakar komplit
    ayam dia best. tapi sup dengan sambal kureng skett
    Makan di foodcourt Tanah Abang sahaja.
    Bersihnya food court kat sini.
    kasik two thumbs up.

    Dari kiri: Zurin, malis, aini, anis dan cik puan yang gila buat peace


    Kain memang tersangat murah. oh tapi sangat sangat lah berasa kesal. kenapa? kerana diri ini sangat dungu tidak merembat sehelai dua kaftan/jubah yang sangat cantik di Tanah Abang yang hanya beharga dalam linkungan RM50-RM60 tetapi di Malaysia, harga kaftan yang sama boleh mencecah RM150 hingga RM200. sampai hari ini tak dapat memaafkan diri sendiri. (T_T). *ketuk kepala*. oh dem. serius menyesal.

    Oh, tanah abang ni tutup pukul 5.00 petang. kira kat malaysia pukul 6.00 petang lah. memang spend masa sekejapppp gila je kat situ. kemudian terus ambil keputusan nak terus ke bandung. ikutkan nak makan and jalan-jalan dulu keliling jakarta. tapi serious semua pun dah lembik. so bertolak terus ke bandung dalam pukul 5petang. 

    masuk je kereta, semua terus terpengsan. sedar-sedar, pak supir tengah nak belok kereta masuk area R&R. kitorang singgah makan nasi padang dekat restoran sederhana. tapi masih belum sampai bandung. eh lupa nak bercerita pasal pak supir. supir a.k.a driver. sepanjang berada di perantauan, kami menggunakan khidmat supir yang bernama pak agus. servis dia memang tip-top. dah balik mesia pun terbayang pak agus. encik suami siap boleh cakap dia rindu kat pak agus time baru je jejak kaki kat rumah. eh pak agus letak minyak senyonyong kat suami aku ke sampai die rindu pak agus? eh eh tak baik menabur fitnah. isk isk. apa pun, pak agus memang best! kalau korang nak pergi bandung dan tak tau nak upah supir yang mana satu, boleh la amik pak agus jadi supir korang. sangat sangat recommended! ;)


    Nasi padang. 
    langsung tak pedas.
    walau lauk semata cili-cili yang sungguh menakutkan, 
    namun selamba mengunyah cili-cilian tersebut dengan rakus tanpa 
    perlu minum air sebanyak lima gelas.
    *dengan nada berlagak*



    Kemudian sambung perjalanan ke bandung. sampai bandung lebih kurang 10.30mlm. bertolak pukul 5ptg. hamek kau 5 jam lebih tu. patut 3 jam saja. tapi sebab jalan jem. kira bernasib baiklah hanya ambil masa 5 jam. ada aku dengar-dengar cerita ada yang sampai ambil masa 6-7 jam jugak baru nak sampai bandung. mau kematu muntut duduk lama-lama.


    sekian, terima kasih.




    fuhhhhhh. amek kau panjang berjela aku tulis. harap korang tak bosan dengar aku membebel. eh baca. psstt.. to my lovely readers yang tanya resipi tu, nanti aku update ye ;)





    to be continued........

    Friday, November 19, 2010

    Entry terperam : 3 october 2010

    Salam semua.

    sempena minggu raya nih, aku nak cerita pasal rumah terbuka. ekceli entry ni dah lama dah tersimpan dalam draft. memang kalau buat ikan pekasam, dah berulat-rulat dah kot.

    Kejadian rumah terbuka ini berlaku pada 3 October 2010 yang lepas. dah lebih sebulan berlalu. Hari ni baru nak keluarkan entry ini. padahal  entry ini sepatutnya sempena raya aidilfitri. tapi aku tak kira. aku nak cerita time raya aidiladha. oh 3 october yang lepas, aku dan encik suami telah meng-organize satu open house kecil-kecilan. eh perumpamaan yang paling tepat, makan kecil-kecilan. kami hanya menjemput rakan-rakan office, ex-housemates, rakan-rakan encik suami yang berapa kerat dan beberapa orang saudara-mara. rumah sekangkang kera je. segan nak ajak ramai-ramai. kesian kat tetamu kalau tak selesa. itu pun ada satu time, kawan-kawan datang segerombolan. terus rumah jadi padat gila macam sardin dah. ada yang terpaksa makan kat luar rumah. aihhh. kasihan mereka. (T_T). eh rumah, kenapa kau tak boleh bertukar jadi besau sikit eh?

    Malas cerita panjang, korang layan aja lah gambar-gambar kat bawah. ini je yang sempat aku hamek. tak sempat ah nok. tuan rumah yang berwibawa mestilah busy ke hulu ke hilir. eceh.


    Mee jawa dan laksa
    order dari makcik bernama makcik maryam.
    dia ada kedai dekat dengan ong tai kim.
    pernah pekena laksa dan mee kari
    kat kedai makcik maryam 5 tahun lepas. 
    sampai sekarang masih terbayang kehebatan
    laksa dan mee kari makcik maryam
    kemudian bersusah payah mencari kedai makcik maryam.
    oh kedai dia masih kukuh di ong tai kim.
    bisnes makin berkembang.
    syabas makcik maryam.


    Sardine puff.
    Bersengkang mata buat dengan en suami.
    en suami tolong potong-potong kulit pastry dan letak inti sardin,
    kemudian aku kelim tepi-tepi dia.
    buat sendiri semua ini.
    sila kagum.
    uhuh
    (=,=)

    Caramel pudding
    buat dua bijik
    gembira bila licin dua bijik

    Rich cocoa pudding : rupa sebelum kuah di tuang.
    nampak ada berketul-ketul tu?
    itu sebab aku tak kacau betul-betul.
    (--")

    Rich cocoa pudding : selepas campur dengan kuah.
    first time buat. 
    resipi ambil dari blog mat gebu.
    aku suka puding ni.
    rasa nikmat gila bila makan sejuk-sejuk.
    blueberry muffin, puding laici, puding santan
    my auntie yang bawak.
    sedap gila dia buat.
    yang muffin itu die tempah. sedap gila juga.



    kentang + mayonis + telur + bawang + lada hitam= potato salad
    my all time faverito.
    boleh makan berpinggan-pinggan sebab dah memang feveret haku.

    ini dia abang aku bersama kakak ipar yang tolong 
    buatkan nasi goreng cina yang sedap.
    terima kasih kak mimi :)
    eh ada seorang budak tiada dalam gambar ini.
    cuba teka siapa.









    itu sahaja cerita pasal rumah terbuka aku. walau cerita dah basi, tapi aku nak ucap terima kasih bebanyak pada yang sudi datang. aku nak mintak mahap kalau ada kekurangan. eh memang banyak terkurang kan. maaf banyak-banyak. pada yang tak sempat aku jemput tu, aku nak mintak maaf banyak-banyak juga. aku budak baik. sekian terima kasih.




    terima kasih kerana membaca ;)





    notakaki-sedang dalam proses mengpublish entry yang terperam.




    Thursday, November 18, 2010

    Salam Aidiladha



    Oh harap tak terlambat nak ucap salam aidiladha buat semua umat Islam. Maaf zahir batin. Semoga segala pengorbanan kita mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT. amin.  Cemana raya korang? raya haji tahun ini tersangatlah sedih. sebabnya tak dapat beraya dengan family ;( patutnya turn aku tahun ni so raya kat kuantan. tapi apakan daya. encik suami tak dapat cuti. so beraya di kl sajalah tahun ni. bila dengar takbir raya, hati jadi sayu teringat mama, abah, opah dan atuk di kuantan. oh nanti kena mintak encik suami qada' balik kuantan tu balik. ngeh ngeh ;p

    Bila beraya berdua di kl, menu hari raya pun ala kadar je. nak buat rendang, macam leceh. duduk berdua. nanti siapa nak makan. eleh. cakap jela tak pernah masak rendang. bukan tak pandai, tapi tak pernah. kalau tak pandai, boleh belajar sampai pandai kan so lain maknanya tak pandai dengan tak pernah ya. nak cakap pandai masak rendang tapi tak pernah masak je ke? eh bukan. actually memang tak pandai. tapi kalau tak pandai, boleh belajar sampai jadi pandai kan. eh eh. haku merepek-repek pulak sampai aku sendiri tak paham.

    Ok. untuk hari raya haji ni, aku just masak dua menu simple sahaja. nasi himpit, kuah kacang, lemang, rendang semua tak ada. aku hanya masak nasi ayam dan puding triffle sahaja. cukuplah untuk dua orang kan. Nasi himpit, rendang dan kuah kacang aku pow dari mak cik aku. Terima kasih chu! :).Nak tengok hasil masakan aku. tengok gambar-gambar di bawah.


    Honey roasted chicken.

    Tadaa~~
     First time masak nasi ayam ni. banyak nya masakan yang baru buat
    pertama kali. al-maklumlah, lepas kahwin baru nak belajar masak.
    oh malu nya bagitahu secara public di sini.
    (T_T)
    nasib baiklah walau pertama kali masak nasi ayam, 
    kira menjadi lah juga.
     nasi pun masak dengan elok walau pertama kali guna basmathi.
    gila cuak takut tak jadi oh.
    oh saya dulu amatlah jahil pasal masak-memasak ni.
    sekarang baru nak terkedek-kedek belajar memasak. uhuh.
    psst...resipi nasi ayam ini cedok dari blog mat gebu ;)


    rupa triffle sebelum diselaputi jelly dan custard sauce
    sudah siap!
     eh tapi comot sikit.
    nak cepat punya pasal.
    ini pun pertama kali buat.
    tersangatlah senang kak oiiii.



      dari tepi.

    gile comot aku buat.
    bawah skali tu swiss roll.
    swiss roll tu amatlah lembik sebab tu puding triffle ini
    comot rupanya.


    credit to lynna shaari.
    klik SINI untuk resipi.



    Bawah ini pula baju yang aku pakai time raya. Pakai pun dah petang time nak pergi beraya kat rumah makcik aku. Pagi raya hanya pakai tshirt sahaja. kata duk rumah berdua je kan.


    Simple gile.
    Beli dah siap time kat bandung.
    eh rumah aku memang banyak cat color pink ;p






    Salam Aidiladha.
    ok bye!

    Wednesday, November 10, 2010

    selamat...




    salam semua~~~


    Alhamdulillah.  
    i telah selamat sampai ke kuala lumpur ahad yang lepas.
    flight hanya delay selama setengah jam sahaja.
    nyaris-nyaris tak dapat balik kl.
    bukan sebab gunung berapi.
    tapi.. tapi..
    nanti la i cerita dalam next entry.
     kalau i rajin nak update.
    sekarang mood malas berblog sedang bermaharajalela.

    camana nak buat nehhh.
    adehhh
    (T_T)






    stay tuned~~