Wednesday, December 22, 2010

kosong

salam semua.

mak aihh. kesian kat blog. asik dilupakan aje. *usap usap blog* sekarang ni memang aku jarang update blog. mood untuk berbelog sudah kureng ah. nak nak hujung-hujung bulan ni berukband confirm lah buat hal sebab dah exceed limit. hey berukband, kau jangan nak temberang. awal bulan pun kau memang slow. hujung bulan lagi lah super duper slow tak hingat. tak sabar rasanya hati ini menunggu masa untuk menamatkan riwayat kau. dan tengoklah siapa pengganti kau selepas ini. confirm kau menangis tergolek-golek. habis madu sepah dibuang. padan muka kau berukband. hahahahahahahaha. terasa tak. terasa hati tak encik berukband?
 

terover senyum
tapi manis still ada kan
(--")


thanks pada yang singgah dan follow blog ini. walau aku lama tak update, ada juga yang sudi singgah. ada juga yang nak follow. aku sedar  blog aku memang caca merba. memang tak best. entry semua ke laut. korang nanti jangan ah nak salahkan aku plak korang terfollow blog aku yang tak best ni. tak aci ah kan nak salahkan aku. sapa suruh baca. sapa suruh follow kan. eh bukan aku tak suka korang follow blog aku. tapi aku naik segan. bukan best pun blog ni. apapun, terima kasih banyak banyak korang. tanpa korang, siapa lah blog ini. tanpa korang juga, tak merasalah duit nuffnang. eh terjujur dan termaterialistik pula. bahahaha. aku main-main je wehhh. ikhlas ni aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat korang :)


sesungguhnya aku tak tau nak update apa. otak tengah kosong. sebab tu termerepek hapekebendeakupuntaktaukoranglayankanajelah.

ok bye.

Tuesday, December 14, 2010

Part 2 : Jakarta-Bandung




Salam semua!

hep hep! korang semua pekabar? lama gila aku tak hupdate blog kan kan kan. korang ingat aku lagi tak? ke dah tak hingat kewujudan blog aku yang hampeh ni. ala. blog tak best confirm la korang tak hingat kan. takpe takpe. aku tak kisah. asal korang tak lupa tahi lalat bola golf aku sudah la. sob. (--")

so entry ni aku nak sambung cerita jakarta-bandung yang serius memang dah basi. entry-entry dalam ni memang semua cerita basi pun kan. macam korang tak tau kan. malas nak membebel panjang-panjang. layan kan je lah gambar yang melembang-lembang  bawah ini.

Selamat pagi! ini muka di pagi hari. muka sangat bercahaya sampai jadi tepung gomak terus. (T_T). ni time turun breakfast pukul 8.30 pagi. tengok-tengok semua makanan dah yilekkk!! semua orang pun dah yilekkk! serious hampa gila sebab aku memang tengah lapar. rupanya waktu breakfast kat sana memang awal dan sah sah habis pun awal. yela, waktu subuh pun 4.30 pagi. kitorang orang last breakfast. serius aku berasa malu sebagai seorang warganegara malaysia (--").

geli tak korang tengok aku pakai baju bereben di poket tu. ahah. jiwa muda-mudi macam ni ah. umur 27 tahun yang tak sedar diri. (T___T)





Misi hari ke dua : Membelahkan diri di Pasar Baru, melawat beberapa factory outlet dan
berjimba di Paris Van Java






Selamat datang ke pasar baru!


kedai kegeraman. eh kedai kegemaran! dia jual cotton sahaja. murah-murah weh. japanese cotton, viscose cotton semua ada . rasa nak borong semua. tapi encik suami dok mencuka je kat tepi. so beli berpada-pada jek. tu yang tak best bershopping dengan orang lelaki ni. grrrrrrr. kedai ni memang lama aku bertapa. sebab susah nak buat pilihan.banyak sangat yang berkenan. aku banyak beli kain cotton je. kain lace semua aku tak beli. selera mati bila tengok kain lace. entah kenapa aku tak pasti. yang pasti aku tak demam time ini.memang dapat berfikir secara waras. bila balik mesia, baru menyesal gilaaaaaa tak beli kain-main lace bagai semua tu yang murah-murah. kebaya sulam pun beli 2-3 helai je. memang sungguh berhemah aku berbelanja time kat sana. sifat yang bagus dan terpuji. sila contohi ya rakan-rakan.



 pisang aroma yang sedap. serius best. first time aku makan. baru masak pulak tu. asap siap berkepuk-kepuk di ruang udara lagi. dia jual atas dulang ni je. pastu orang tu jalan kehulu kehilir sambil jinjit dulang atas bahu. dalam dia inti pisang. kat luar tu die salut tepung pastu goreng garing-garing. tepung tu salut pulak dengan sos dan gula. hasil google-an, kulit pisang aroma ni diorang guna kulit lumbia. apekah itu kulit lumpia? siap ada resipi pisang aroma lagi kat google. pisang aroma ni dia jual satu 35 sen. makan krup krap krup krap bunyi dia.

before balik, singgah beli kerepek-kerepek dulu. rambang mata tengok kerepek dia yang macam-macam rupa bentuk ni.

banyak gila aku borong. jakun tengok kerepek yang berwarna-warni. eheh. tu tengah kira pisang keju yang orang pesan. barang berat sebab kerepek-kerepek ni je. paling aku suka, pisang salai dan kuih segi tiga bersaiz mini yang berinti apa aku tak tau. macam serunding tapi bukan.

singgah restoran padang untuk makan tengahari. tapi time ni dah pukul 4 lebih.kira makan tengahari + petang = lunchtea. memang rasa tak lapar sebab hati terhibur melihat kain-main di pasar baru.




makan time! makanan lebih kurang sama dengan Restoran Sederhana. macam dah muak pulak dengan makanan padang. lauk memang lebih kurang. sengaja aku highlight 2 makanan kat atas tu. yang kiri tu lauk cili-cilian tapi memang tak pedas langsung. rupa memang scarry tapi jangan terpedaya dengan rupa fizikal ya kawan-kawan. aku pelik cili apa lah yang diorang guna. awatlah tak pedas. memang lepas ni aku rasa peribahasa 'siapa makan cili, dia yang terasa pedas' dah berapa relevan untuk diguna pakai. sebab cili ni aku makan memang tak pedas. yang belah kanan tu pulak ulam yang dia hanya rebus, tapi kan, sedap semacam. memang serious aku pelik. ulam kosong rebus macam tu boleh jadi sedap gila. air kosong dia pun sedap gila. tapi bukan aku sorang je yang keluarkan statement ni. kawan-kawan yang lain pun mengakuinya juga. teh tanpa gula pun aku rasa sedap. haih. mengapakah air kosong di bandung begitu enak sekali sampai bergelas-gelas aku minum walhal aku lah manusia paling tak suka minum air kosong??


selepas makan, jalan-jalan dekat beberapa factory outlet yang berdekatan. tapi terkesima tengok japanese
kap yang gebu-gebu ni. manja macam kucing pulak tu.

Welcome to Paris Van Java!
Antara mall yang cantik di bandung.
banyak-banyak mall kat bandung, mall ni saja yang sempat kami terjah.
(T_T)


kedai pink yang comel..

 kedai ini pun comel!


superman versi control. tak maskulin langsung ah.



tempat dinner kami
Azzura.
sip & dine


harga makanan yang sangat berpatutuan
yeay

Strawberry tea. memang tak kedekut stroberi.
sodapppppp ya amat.


Our foods.
tempting tak?
sila jawab ya. 
penat edit-edit gambar lepas tu tepek kat sini tau.
(T_T)

 food dia ok lah.
tak de apa yang spesel pun.
saja nak tempek gambar makanan
banyak-banyak dalam blog ini.



hari ke-2 ni memang tak banyak cover kedai-kedai pun sebab hampir separuh hari habis kan masa kat pasar baru. walau separuh hari, tapi masa masih tak cukup. banyak barang tak sempat beli. (T_T) kat paris van java pun tak beli apa-apa sebab barang-barang semua macam kat mesia. harga pun macam kat mesia. hanya jalan-jalan cuci mata saja. tapi tak nampak pulak pakwe-pakwe hensem. hanya barang-barang hensem yang menggegarkan iman aku je.
perggghhh.





end of part 2.

bosan seh cerita aku ni.
sorry ah korang!

Monday, December 06, 2010

mana nak dapat baju yang cantik dan semat-semat ?




Salam semua~~


Hari ini mahu membawa anda semua membeli-belah. tetapi hanya secara virtual sahaja. sekarang semuanya mudah bukan. kuasa berada di hujung jari anda sahaja. hanya pilih, order, buat bayaran dan tak sampai tiga hari, barang tersebut sudah sampai ke tangan anda. sangat mudah bila bershopping secara online. lagi best kalau blogshop tersebut menyediakan pelbagai rangkaian pakaian. sebut sahaja, nak beli top ke, pants ke, dress ke, accesorries ke, skirt ke, hijab ke, semua ada. memang lagi senang kerja dan jimat masa kan?

so entry ini, saya mahu memperkenalkan sebuah kedai online yang menyediakan pelbagai jenis pakaian yang bukan saja cantik dan semat, tapi semua nya berharga RM 50.00 ke bawah. fakta menarik, sekarang blogshop tersebut sedang mengadakan jualan murah hujung tahun, jadi semua baju berharga bawah RM 40.00. tapi sale sampai 31 Dec 2010 sahaja ya.

lagi menarik sebab ada polisi pulangan baju untuk pertukaran dalam masa 7 hari. rata-rata blogshop yang aku tengok, dia tak bagi kita tukar baju selepas dah dapat baju walau tiba-tiba kau rasa baju tu tak sesuai dengan kau. kau nak tukar dengan baju lain, tapi tuan blogshop tak bagi. kau menangis meroyan pun tetap tak boleh tukar sebab dah termaktub dalam terma dan syarat. tentu kau rasa kecewa dan hampa kan sebab penat-penat keluar duit beli baju, bila dah dapat baju tak boleh nak pakai pulak. lagi sakit hati kalau baju tu mahal dan kau terpaksa pecahkan tabung ayam semata-mata nak beli baju itu sebab duit gaji kau dah habis. tapi bila berurusan dengan blog ini, korang tak perlu risau semua itu.



Antara collection yang menjadi my fav :

 *new collection*
oh serious cardigan ni comel gila. 
semua color pun aku suka. 
antaranya ada warna putih, hitam, kelabu dan warna hijau macam dalam gambar di atas. 
 memang cantik ada roses kat bahagian dada. 
macam dalam hati ada taman gitu. sesuai sangat lah.


 Yang ni pun aku suka. simple tapi classy. 

*new collection*
 yang ini pulak sangat comel kan.
sesuai untuk mereka yang sukakan gaya yang feminin dan girlie.
memang menggeramkan.

warna putih pun cantik.
kalau pakai otomatik menjadi comel.


Cantik sangat kan collection dari blogshop ini. lagi menarik sebab blogshop ini juga diakui sangat best dan pakaian-pakain yang dijual tersangat semat oleh seorang fashionista yang tersohor dan famous tak lain tak bukan, Cik Fatin Liyana yang sangat famous dan tersohor. klik SINI untuk melihat entry beliau bercerita tentang blogshop ini. comel gila cik Fatin pakai baju lace dan cardigan dari blogshop ini. aku memang minat betul kat Cik Fatin nih. shhh. ini rahsia kita-kita jek tau.

Oh aku ada berita baik untuk orang-orang Pasir Gudang dan Masai sebab boleh COD. kalau area selain dari dua tempat tu, korang terpaksalah keluarkan duit untuk pos penghantaran. tapi jangan risau sebab blogshop ni guna poslaju. so insya Allah selamatlah baju-bajuan korang tu. untuk orang luar Malaysia kalau berkenan dengan baju-baju dari blogshop ni pun toksah risau. korang boleh membeli-belah juga. lagi fakta menarik, kalau korang jadi member blogshop ni, korang dapat discount, dapat free gifts time birthday dan free kos penghantaran kalau korang beli melebihi RM150. wahhh. best betul blogshop ni kan.

Aku taknak kongsi sorang-sorang pasal blogshop ini. jadi aku nak share jugak dengan korang. cepat pergi serang tau. klik link bawah ni:

website




dan jangan lupa klik LIKE kat facebook




owner blogshop ini bernama Daini. memang sangat baik. sangat senang nak berurusan. kalau korang ada apa-apa pertanyaan just email je Daini kat admin@classywardrobe.com.


p/s : cepat-cepat membeli belah sementara tengah sale ni. aku pun nak bershopping lagi. weeee ;)

Saturday, December 04, 2010

hari terakhir...

salam semua~~

aku cuak. aku cuak. kenapa? sebab esok hari terakhir. hari terakhir apa? hari terakhir untuk mengundi Blog Pilihan Malaysia 2010. aku tengok sana sini duk bercakap pasal BPM ni. memang buat aku makin cuak. oh sebelum terlupa, mahu ingatkan esok pukul 2 petang, 4 Disember 2010, tarikh tutup untuk mengundi. sila lah mengundi sebelum terlambat.

aku baru tahu hari-hari kena mengundi. aku ingat hanya perlu undi sekali sahaja macam first stage hari tu. korang jangan lupa undi lagi sekali ek sebelum pukul 2 petang esok. kiranya, undian korang yang terakhir la untuk blog-blog kesukaan korang tu. aku tengok rata-rata persaingan amat sengit. undian semua dekat-dekat je dengan calon-calon bertanding dalam kategori masing-masing. fuhh. memang berdebar weh nak tahu keputusan.

Undian setakat 12.45 malam

kategori favourite. 
persaingan amat sengit sekali.
good luck to both of you, Cik Fatin Liyana dan Cik Irine Nadia Marcello.
Dua-dua blogger pujaan :)

kategori aku.
gila tu nak berentap dengan RM konon.
aku tau aku tak layak.
aku hanya sekadar blogger picisan
(T_T)


tapi..
tapi..
tapi..


kalau korang nak undi juga blog ini, 
aku tersangatlah berbesar hati weh.
*kelip-kelip  mata*



sokongan korang amat-amat aku hargai. terima kasih banyak-banyak aku ucapkan. aku memang sayang kat blog ni. dan sayang korang juga sebab korang tolong support blog ini. :)


p/s : terima kasih banyak-banyak juga untuk encik Mel Romeo dan Carl Samsuddin sebab sudi buat kan entry sempena  BPM 2010 dan masukkan blog aku sekali. terima kasih :)






terima kasih banyak-banyak korang
v('',)v

Thursday, December 02, 2010

dup dap dup dappp.....

salam dear readers.

**just a quick update from me**

kena update laju-laju.  sebab mahu tidur awal sikit hari ini. esok ada annual dinner. tidak mahu muka bermata panda. mata panda semakin teruk akibat hari-hari tidur lewat. semua blog punya pasal. fb punya pasal. sob. (T_T) dan juga mahu menjaga suara. esok ada singing performance. eh bukan aku nyanyi sorang-sorang. tapi seramai tujuh belas orang yang menyanyi. aish. gabra nye. mintak-mintak esok tak tergolek atas pentas ke bawah pentas ke. aku kalau cuak memang macam-macam boleh jadik (--")

btw, mahu war-warkan sesuatu. Alhamdulillah blog Cik Nadia Bayu tercalon untuk top 5 blog kategori blog personal isteri pilihan. memang patutnya tak layak pun tapi termasuk juga. terima kasih korang kerana bersusah payah mengundi blog ini :). jasa korang amatlah saya hargai :). kasik lep terbang sikitt. fiuu fiuuuuuu~~ (tu sound efek lep terbang)

untuk final stage, kene undi lagi untuk pilih yang terbaik untuk setiap kategori. blog aku memang tiada harapan la. semua yang bertanding memang blogger yang otai-otai. (T_T). oh kategori feveret aku adalah blog personal wanita pilihan. ada blog-blog favourite yang bertanding. memang semua hebat-hebat wehhhh. aku pun pening nak pilih mana satu.



korang kalau nak mengundi boleh klik:  http://bpm-undi2.blogspot.com/
Undian bermula dari : 7 pagi 1 December - 2 petang 4 December 2010.



selamat mengundi
dan tolong  doakan suara  aku jadi  merdu time nyanyi esok. tssk. berdebarnya (T_T)


selamat malam~

Wednesday, December 01, 2010

Apa harus anda buat jika gambar anda dicuri, atau ada yang buat profile palsu menggunakan identiti anda, atau mendapat komen-komen yang menganggu ketenteraman jiwa korang?

Salam semua.

Nak tanya korang nih boleh tak. kalau tak boleh pun saya nak tanya juga. korang pernah tak mengalami masalah gambar korang kena curi, lepas tu tengok-tengok gambar korang tertepek kat mana-mana web tanpa pengetahuan korang..atau ada makhluk yang tetiba menyamar jadi korang, lepas tu buat satu profile gunakan identiti korang kat facebook ke, friendster ke. Serious memang tak boleh tolerate dah dengan orang-orang sebegini. atau korang pernah dapat komen negatif yang berniat untuk menyakitkan hati korang ke, menganiaya ke, menganggu ketenteraman ke atau macam-macam lagi lah berkaitan alam maya ni. atau mungkin kawan-kawan anda pernah alami. di sini saya mahu share dengan semua macam mana kita boleh atasi tentang masalah ini. Actually keberkesanannya saya tak sure tapi korang boleh mencuba.


Oh. Senang je. korang boleh buat aduan kepada cybersecurity. Hanya hantarkan email kepada cyber999@cybersecurity.my dan ceritakan secara terperinci masalah yang korang hadapi. Masalah pasal sekuriti alam maya je ye, jangan pergi ngadu laptop korang kena curik pulak. atau boleh terus hubungi Customer Service Hotline di 1-300-88-2999. Tapi aku rasa better email je senang. Cybersecurity ni pun ada fanpage di FB. aku baru je LIKE. korang cari je Cybersecurity Malaysia. macam-macam info tentang cyberspace yang korang boleh dapat kat situ. atau boleh layari je web mereka di www.cybersecurity.my/Memang pada korang masalah ni nampak macam remeh, tapi tak berkemungkinan benda yang kecil boleh jadi besar. kan kan.

Oh bagi sesiapa yang selalu dapat komen yang agak-agak boleh mengganggu ketenteraman korang, harus  baca akta bawah ini.  Yang tukang komen pun sebelum nak mengomen, kena paham dulu akta ini ya. Kang tak pasal-pasal boleh kena dakwa. (T_T)



AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 :

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.





Renung-renungkan. 
dan selamat beramal :)






p/s : kalau aku ada tersalah bagi info, tolong betulkan ye. thanx :)


Tuesday, November 30, 2010

Blog best

Salam semua.



Ben Ashaari
http://www.benashaari.com/

hari ini aku nak cerita pasal blog encik ben ashaari. uish. siapa yang tak kenal beliau.beliau tersangatlah popular dalam arena dunia blogging ini. blog baru je wujud October 2009 lepas, tapi follower dah mencecah angka 5 ribu lebih. wallawehhhhhh. mantap mantap!

aku respek beliau kerana sungguh komited dengan blogging. dalam satu hari, mesti beliau akan update tak lebih 10 entry. dasyat weh! kalau aku, kompem mati kering sebab nak carik idea untuk menulis bukannya senang. (T_T). tapi beliau dengan relax sekali boleh buat entry banyak-banyak dalam satu hari. banyak juga tips yang aku pelajari dari beliau melalui blog beliau. nanti bagi lagi banyak tips-tips ye encik ben. :)

bila dia ajak aku join segmen blog best ni memang terus aku setuju! aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kewujudan segmen BLOG BEST ini. terima kasih en BA, kerana sudi mereview blog Cik Nadia Bayu ini. walau blog ini memang tak best, tapi ada gak yang sudi mereview. sape la yang tak suka kan. wohhh. terharu weh. *meleleh air mata*

terima kasih en ben ashaari :)




p/s : aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak juga kepada blogger yang pernah mengreview blog hampagas aku ni. memang sangat-sangat aku hargai. mekaseh sesangat korang :)