Entry ini khas untuk korang... korang..dan koranggg.
Alhamdulillah. syukur di atas rezeki NYA. kalau cash out kan earnings tu bermakna baru masuk empat kali dapat cek dari nuffnang. hek eleh. baru empat kali pun dah nak kecoh sekampung (--")
Walau earnings suam-suam kuku je tak macam blogger lain tapi aku tetap amat bersyukur. terima kasih bebanyak nuffnang dan korang semua! siapa yang tak suka duit free kan? eh free ke? bersusah payah jugaklah nak mendapatkan earnings dari Nuffnang tu wey. tak sia-sia lah kadang aku tidur pukul 2-3 pagi semata-mata mahu menghupdate blog. waktu malam je lah masa yang aku ada untuk berblog. habis lebam-lebam mata aku dibuatnya. tenyeh satu botol concealer pun still tak boleh nak cover mate nih. haihhh. tensen makkk, nokk!
Kat sini, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kat korang. Tanpa korang, laman sesawang Cik Nadia Bayu ini tak kemana. Pada korang yang sudi jenguk blog haku yang hampeh ini, tinggalkan jejak, komen setiap entry aku walau entry aku semua jenis stok bosan baban, jenis buat orang muntah darah, buat orang geli geleman, tapi korang sudi jugak nak jenguk dan tinggal jejak. *terharu* tak lupa juga pada pembaca bisu. aku tau ramai silent readers kat ni. kan? baik mengaku cepat! tihehe. dan tak lupa juga pada mak anon dan pak anon. anon adalah spesis yang susah mau pupus. memang ada di mana-mana. buat lah baik macam mana pun confirm ada si anon-anon yang tak puas hati. yang akan mengganas tak kira waktu. buat jahat apatah lagi. tapi aku nak cakap satu benda, aku malas nak cari gadoh dengan anon-anon ni. langsung tak mendatangkan apa-apa faedah kalau gadoh dengan golongan kurang kasih sayang nih.
aku juga nak mintak mahap bebanyak kat korang kalau selama aku berblog ni aku ada terguriskan hati korang ke, terkecikkan hati korang ke. jangan ah simpan dalam hati ok. meh meh berpelukan. *untuk kaum wanita* saje ah. ngehh ngehh. oh aku juga nak mintak mahap sebab kadang aku terlepas pandang. kadang aku tak terbalas komen, email dan pertanyaan-pertanyaan korang. insya Allah aku akan balas semua tu tapi aku amek masa sikit lah nak reply. boleh kan. haihh.. ayat bajet macam bagust jek. *geli mat*
apapun, terima kasih di atas sokongan korang! *cium terbang*
