Tuesday, February 15, 2011

Let's Party Y'all!


*entry terbengkalai sejak minggu lepas*



Rakan-rakan sekalian, mari lah kita berparti. parti buih ke? seronok gak berparti buih kan kan. tapi dengan suami berdua je lah ye. bahahaha. eh ape aku melalut nihh??? 

minggu lepas time cuti hari raya cina, aku dan encik suami balik ke kuantan. lama tak balik kuantan. jb pun sama. lama tak balik. susah betul nak cari masa free sekarang ni. ;( bila sampai-sampai kuantan je, mama terus membuat plan untuk membuat surprise brithday party untuk anak sedara aku, cik fatin amalin bayu yang ke 6 tahun. harijadi dia sebenarnya 4/1/11 yang lepas. celebrate sebulan lewat. buat makan kecil-kecilan  sahaja. tak banyak  benda yang kena prepare pun. plan pun last minute kan. tapi kitorang tak bagitahu fatin pun kitorang nak buat birthday party untuk dia. weh kata SURPRISE BIRTHDAY PARTY. kalau dah surprise tu memang wajib tutup mulut ketat-ketak tak boleh bocor rahsia kat birthday girl. Tapi fatin bukannya bodoh kan. mestilah dia pelik eh eh kepekejadahnya kitorang nak gantung-gantung barbie nye flyers kat dinding rumah. tak pernah-pernah pulak nak gantung flyers barbie. jadinya, kami pun membuat cerita  dongeng rekaan semata-mata kepada fatin supaya fatin tidak dapat mencium plan kami untuk membuat kejutan harijadi untuk beliau.

Kami beritahu fatin, hari ini hari raya cina. jadi kami sekeluarga mahu menyambut perayaan tersebut. dan malam nanti, naga yang joget-joget mahu datang rumah untuk membuat persembahan. oleh yang demikian, rumah mestilah dihias cantik-cantik. kebetulan kat tv time tu ada cerita cina tengah kemas-kemas rumah nak celebrate cny. kami pun terus tunjuk kat fatin untuk mengukuhkan lagi cerita rekaan kami. dan kami bernasib baik kerana fatin memang percaya dengan cerita kami. hahahaha. kesian fatin. aku siap bagitau kat fatin, time naga joget tu datang nanti, kena bagi angpau duit kat dia.

so malam tu after maghrib, fatin dah sibuk-sibuk suruh kitorang semua bersiap-siap sebab naga joget nak datang. tepat pukul 8 malam, fatin dan mama dah tunggu kat luar rumah. fatin dah siap-siap ambik duit dia sebanyak sebelas ringgit sambil tunggu kat luar. konon nak bagi kat naga joget nanti. bahahaha! mama time tu sebenarnya tunggu luar rumah sebab nak tunggu delivery boy hantar pizza. memang mati-mati fatin ingat ada naga joget nak datang rumah. memang duit dah tergenggam erat kat tangan fatin.

so bila pizza sudah sampai dan tetamu jemputan pun dah tiba (tetamu jemputan tentulah pakcik dan family. kat kuantan ni kitorang tak de sedara mara lain dah.. abang aku pulak dah balik kl. so kitorang celeb without fatin's parents) mama pun cepat-cepat masuk rumah. ada misi yang perlu diselesaikan. fatin time tu blur-blur. dia duk tunggu naga joget tak sampai-sampai lagi. kasihan fatin kitorang bawak ajaran sesat kat dia... (--")






the food.
semua fast food ya.
senang kerja tak payah sepah kan dapur dan penatkan 
badan.

big apple donuts
durian flavor.
memang terbaikkk!



pheeeeewittt~~
abah siapa yang berjambang putih yang comel yang
sedang makan ayam kentaki ni?
mestilah abah saya :)
tengok hidung dari jarak 1 km pun dah tau abah sape ni.
kami memang muka fotostat.






bila dah habis makan...



sesi merobek hadiah.








esoknya fatin bagitahu dia marah kami tipu dia. marah kenapa kami buat surprise untuk dia. marah kenapa naga cina joget-joget tak datang rumah. kami minta maaf fatin! semua tu idea opah fatin tau ;p




------------------------------------------------------



teringat semasa makan tengahari bersama fatin, mama, abah dan encik suami


lokasi : ruang makan.

time ni aku dah habis makan. tapi aku duk perati je encik suami makan
tengah kat sebelah aku.

tiba-tiba.....




fatin : kenapa maksu pandang paksu je? maksu dah jatuh cinta kali kedua
dengan pak su ke?


nasib aku dah habis makan. kalau tak, mau tersembur nasik keluar dari mulut. humaik ah. pandai sungguh fatin berkata-kata. cemana dia boleh terpikir macam tu tak tahulah.

ni aku nak jawab soklan cepumas fatin:


fatin, maksu hari-hari jatuh cinta dengan paksu. setiap masa lah maksu jatuh cinta.
walau paksu tengah tidur berdengkur ke, tengah makan ke, tengah korek hids ke,
tak kira lah bila-bila, memang sentiasa maksu jatuh cinta.
dengan paksu :)
Insya Allah selamanya.
amin.




nak muntah?
tuhhh.. tuhhhh.
ambil baldi.
pergi muntah puas-puas.



ok bye.

Saturday, February 05, 2011

Sedetik Lebih



SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

****************************************

Sekarang sedang tangkap leleh dengan lagu ini. 
dah lama kot lagu ni keluar tapi biasa lah, aku je 
yang paling last tahu ;(
Lagu ni merupakan OST Hikayat Merong Mahawangsa 
yang bakal ditayangkan pada 10 March 2011.
tengok trailer dia cam gempak gila cerita ni.
bangga siot tengok anak melayu mampu buat 
cerita hebat macam ni.
apa pun, lagu dia memang layan habis.


Sunday, January 23, 2011

sila sumbatkan link blog korang di sini. terima kasih.

Salam korang~~


weee.. semalam hari yang sangattt bestt! sangatt mengujakan! korang mesti dah dapat agak kan semalam event apa yang berlansung kat jaya one pj tuh. gambar-gambar dah selamat aku upload dalam facebook sampai pagi-pagi buta tu. tapi nanti lah aku cerita kat dalam blog ni. gambar banyak sangat nak tepek. internet dah lah lembab macam siput yang kecacatan sesungut. haih.

tapi malam ni aku macam baik hati. oleh yang demikian, aku nak bertukar-tukar link dengan korang. so, sila-silalah sudi menyumbatkan link blog korang kat komen entry ini. senang je kan. aku nak kumpul semua link korang lepas tu nanti insya Allah aku nak buat satu page untuk link-link korang tu. sebelum ni korang just tinggalkan link korang kat chatbox je. tapi agak macam leceh sebab kena belek-belek satu persatu message yang korang tulis tu. kena selak-selak sampai kebelakang untuk dapatkan link blog korang. jenuh jugak la. so nak menyenangkan pengumpulan link blog korang, aku nak buat satu page la untuk address korang sahaja.boleh kan? dan insya Allah kalau ada masa, aku nak terjah blog korang semua.

cepat-cepat tinggalkan link korang kat sini. terima kasih :)