Just purchased two tickets to watch Lat Kampung Boy the musical this saturday at Istana Budaya. weehu!! Teater muzikal ini dibintangi oleh Awie Atilia, Douglas Lim, Omar bin Haji Abdullah, Jalil Hamid dan Sandra Sodhy. Persembahan teater ini adalah di bawah arahan bersama Hans Isaac dan Harith Iskander.
Korang kalau nak tengok teater ni, boleh pilih tarikh yang sesuai dari 16 Mac hingga 3 April. Jangka hayat hanya 19 hari sahaja. Harga tiket dari RM40-RM300. Maklumat lebih lanjut, anda boleh terus ke http://www.ticket2u.biz/.
5 fakta menarik tentang Kampung Boy yang patut anda tahu :
Watak utama dalam Kampung Boy, Mamat. Inspirasi daripada adik kandung pelukis, Mamat Khalid. Beliau kini merupakan pengarah filem tempatan yang berjaya. (e.g Zombie Kampung Pisang, estate, dll)
Kampung Boy telah diterbitkan di Malaysia dalam bahasa Melayu dan Inggeris pada tahun 1979 dan telah dicetak semula sebanyak 14 kali sehingga tahun 2008, termasuk edisi Amerika Syarikat keluaran First Second Books pada tahun 2007. Sehingga kini, Kampung Boy telah diterjemahkan dalam 9 bahasa di seluruh dunia.
Apabila Kampung Boy menembusi pasaran Amerika Syarikat, ia telah mendapat pengiktirafan sebagai Outstanding International Book for 2007 dan Children’s Book Council and Booklist Editor’s Choice for 2006.
Siri animasi Kampung Boy dihasilkan di Los Angeles oleh Matinee Entertainment pada tahun 1997. Siri animasi Kampung Boy telah memenangi anugerah Siri TV Terbaik di festival animasi antarabangsa di Perancis, Annecy Award’99.
Kampung Boy telah menerima pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa dan kritikan yang positif dari pelbagai pihak. Antaranya adalah pencipta kartun ‘the Simpson’ dan ‘Futurama’ yang menyatakan bahawa, “Sweet, funny and brilliantly drawn, Kampung Boy is one of the all-time great cartoon book“.
Agak-agak, adegan macam ini ada ke?
Okay.
imaginasi terlebih.
(=.=)
Sesungguhnya tidak kesabaran melihat awie bersama rambut afro berhidung tiga ketul beraksi. :)
eh malam ni rajin pulak aku nak menghupdate blog. tengah tunggu All England Dato' Lee Chong Wei vs Lin Dan sebenarnya ni.
Okay. kat sini, i nak mengwar-warkan i baru je register Formspring. dulu memang berazam tak nak buat benda alah ni. sebab rasa memang takde masa nak menjawab soklan-soklan. tapi lama kelamaan rasa macam best lah pulak tengok kawan-kawan lain dok berformspring.
So, i nak menjemput u all untuk bertanya soklan-soklan. insya Allah i akan cuba jawab. tapi plish jangan tanya soalan yang merepek meraban. yang boleh mengganggu kesensitifan. jangan ok. sila berfikir dulu sebelum nak tanya sebarang soalan. nanti i taknak lah tetiba i bertukar menjadi hulk pula. uhuh.
Entry ini ditulis khas buat mereka-mereka
yang bertanya tentang
eye liner yang saya gunakan untuk mekap mata.
meh i nak reveal.
jeng jeng jengg
.
.
.
.
.
.
.
.
(haku memang suka bajet macam best. sila seliparkan saya.. auchh!)
The Body Shop black eyeliner & Redearth white luna eyeliner
Actually dah lama dah guna eyeliner body shop ni. sejak lapan tahun yang lepas. tak pernah bertukar ganti kepada cap lain. walau banyak dengar orang lain dok mengumpat dan bergosip eyeliner cap ni best, eyeliner cap tu best. tapi hati aku tak tergugat langsung hokay. persetankan semua omongan orang mengenai eye liner yang best selain dari body shop. aku tak nak dengar. tak nak ambil tahu. yang aku tahu, aku dan eye liner hitam pekat ini tidak boleh dipisahkan. dan aku mahu tetap setia dengan penggaris mata cecair ini. aku mahu cap ini saja. tak mahu cap yang lain. sila lah faham perasaan ku ini.
ceh. poyo tak hengat kan. bahaha~
actually tak pernah tukar kepada cap lain sebab aku suka guna eye liner ni. mudah. harga pun murah dan berbaloi-baloi. tip dia pun keras senang nak tenyeh-tenyeh kat mata. walau kadang mata tetiba jadi panas bila kena tenyeh dengan benda alah ni. sesiapa yang pernah guna brand ni mesti tau kan. kadang mata jadi panas. lepas tu merah sekejap. kesian kat mata terpaksa mengharungi saat-saat yang menyeksakan sebab nak cantik punya pasal. tsssk! (T_T) tapi time tak terel tenyeh je lah aku mengalami nasib sedemikian rupa.
untuk eye liner putih pulak, aku baru je try cap redearth yang dibeli di SASA selepas di usulkan dan dicadangkan oleh cik patung yang berupa jelmaan manusia bernama Uyun. Best jugak lah pensil mata ni. sapuan dia agak pekat dan agak shimmery. sebelum ni guna Za tapi tak berapa nak pekat. harga dia pun lebih kurang macam body shop punya eye liner.
Aku kalau keluar memang suka pakai eyeliner saja. sebab bab tenyeh-tenyeh eye shadow amat lah gagal. dah berkali-kali khatam tutorial michelle phan tapi hasil masih sama. masih tak tahu nak menenyeh eye shadow. betapa loser nya aku. sila simpati. (=.=)
Perghhh. sleek gila. handsome sungguh MacBook Air ni. Notebook ni super ringan. seberat 1.06kg saja. senang nak hangkut pi mana-mana. didatangkan dengan 1.4GHz Inter Core 2 Duo processor with 2GB memory 1066MHz DDR3 SDRAM. wow. mantap!
Short video mengenai MacBook Air ni
Part paling best. paling orang nak dengar. notebook ini korang boleh dapat FREE !! kasi bold dan font besar sikit bagi korang nampak sikit perkataan free tu. siapa yang tak suka benda free kan.
Nak tahu macam mana nak dapat kan notebook ini? Korang ikut je steps kat bawah ni. Senang je. budak 8 tahun pun boleh buat.