Monday, May 09, 2011

Hari-hari mau.....

Assalamualaikum...


Wah.. wah.. rajin bebeno aku update blog. mood tengah rajin sudah mari. jadi gunakan peluang dengan sebaik mungkin. kesian blog asik terabai. unique visitors dah berkurang. dengan itu, duit nuffnang pun sudah menyusut. sob sob (T_T)

Ni aku nak tanya, korang pernah dengar Digiwwwow Awards tak? Aku baru je tau pasal bendalah ni. tapi aku tak join pun. Peh. Semua blogger-blogger otai yang join. Setakat blogger picisan macam aku ni confirm la kalah dengan mudah. Tak payah join. Memang dah tau awal-awal. Aku dah la susah nak menerima kekalahan atau kritikan. Mau meroyan 40 hari 40 malam karang. (T_T)

Actually, tujuan entry ini ditulis kerana aku nak mintak pertolongan dari korang. Aku nak mintak korang tolong vote untuk adik kesayangan kita semua. Tak lain tak bukan, cik puan Ika tokey Radiusite. Siapa yang tak kenal beliau. Tokey blogshop yang amat terkemuka dan sangat baik hati. Sayang ika! Beliau join Digi Wwwow ini untuk kategori Online Shop of the Year. Dua minggu berturut-turut kekal di tangga no 1. So kawan-kawan, mari lah beramai-ramai mengundi beliau hari-hari supaya beliau kekal no 1 sampai lah tamat contest ni. Tapi aku pun tak berapa nak sure contest ni sampai bila.

Kalau nak undi, klik SINI. Hari-hari mau undi tau..... ;)



Sekian. terima kasih. :)






Sunday, May 08, 2011

Doa untuk ibu bapa





Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

source : Halaqah.net








Mama... Abah ampunkanlah dosa-dosa anakmu... ;(
Sesungguhnya anakmu ini begitu jahil dan hina ;(






Hari istimewa untuk wanita yang istimewa di hati saya

Assalamualaikum...


Semalam dinner di food court berdekatan dengan rumah. sedang menunggu order sampai, kelihatan sekumpulan kakak-kakak dalam linkungan 30-an yang membawa anak masing-masing duduk di meja hadapan. ternampak juga seorang makcik yang agak berumur duduk bertentangan dengan kakak-kakak tersebut. kemudian saya terus berkata dengan suami 'bubu.. cuba tengok makcik tu. dia pakai cekak warna-warni'. encik suami hanya tersengih-sengih. makcik tu sebenarnya pakai cekak macam budak muda-mudi pakai sekarang. tapi makcik ni punya cekak lagi meriah. bentuk tiga kuntum bunga yang besar dan sungguh mengerlip-ngerlip. warna-warni. comel betul makcik ni. hati ku bermonolog sendirian. tiba-tiba, salah seorang kakak tersebut mengeluarkan sebiji kek dari kotak. sambil mengucapkan 'Selamat Hari Ibu' .OMG. so sweet. si ibu hanya tersenyum-senyum. patutlah si ibu memakai comel-comel. nak sambut hari ibu bersama anak-anak rupanya. tatkala itu, air mata meleleh melihat keluarga yang comel itu. kemudian si keluarga sibuk mengorder pelbagai makanan. setelah makanan sampai. anak-anak yang sibuk makan dahulu. si ibu masih tersenyum dan hanya makan dua tiga suap sahaja. ibu memang begitu kan. selepas beri anak makan kenyang-kenyang, baru lah si ibu makan pula. teringat mama. alangkah seronok jika ibu sendiri ada berdekatan. rindunya pada mama. rindunya pada mak..... ;(((

Mari hayati sepotong hadith di bawah :


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي ؟ قال : أمك ، قال ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : ثم أبوك " . رواه البخاري ومسلم


Maksudnya:

Abu Hurairah telah berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah yang patut aku layan dengan baik seperti seorang sahabat?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi: "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Kemudian ayahmu."

(Hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)




Mari lihat satu video pula oleh saifulnang yang sungguh menyentuh perasaan....










Dan ini pula, satu videoclip yang amat comel. saya tujukan khas untuk mama tercinta. imagine budak kecil ini adalah saya. sebab saya memang kalau berjoget, pasti berjoget macam budak kecil ini.







Selamat hari ibu, mama dan mak. 
sayang sangat both of you!
chup chup!!

Friday, April 29, 2011

22 April 2011





Alhamudulillah. pada 22 April yang lepas, 
saya dengan selamatnya telah bertukar umur dari dua puluh 
satu tahun kepada dua puluh dua tahun. 
ya. saya kini sudah berusia 22 tahun. 
tapi awat muka macam umoq 39 ja? 
biar muka legend.. tapi hati maintain cute.. 
gitu. 
ahahahha. 

Syukur kepada Maha Pencipta kerana diberikan umur yang panjang,
dilimpahkan rezeki dan nikmat yang tak putus-putus. 
    Walau langit tak selalunya cerah, tapi Alhamdulillah, tetap bersyukur  
dengan apa yang dianugerahkan oleh NYA.
dan saya juga sangat bersyukur dikurniakan kehidupan 
yang indah walau tidak sempurna di mata dunia, tetapi cukup sempurna
di mata saya.

Di sini juga saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada family, sanak saudara, 
dan rakan-rakan sekalian yang tak putus-putus 
mendoakan kesejahteraan hidup saya dan juga encik suami.
terima kasih.
sayang korang.


chup! chup!

Monday, April 11, 2011

Cerita 3 minggu lepas : Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal yang hebat

Assalamualaikum semua...

Setelah anda didendangkan dengan rakaman video pondan saya, kali ini saya bawakan pula entry bergambar tentang teater Lat Kampung Boy sebuah muzikal yang cukup mencuit hati kecil saya. sepatutnya dah tiga minggu lepas saya update entry ini tapi asik tersimpan dalam draft saja (--'')

Untuk pengetahuan anda. ini adalah kali pertama saya dan encik suami menonton teater. sebelum ini kami mempunyai persepsi yang agak pesimis terhadap teater. ternyata sangkaan kami sangatlah meleset. *tak baik buruk sangka. sila husnu-zon* oleh kerana ini adalah kali pertama kami menonton teater, jadi perasaan keterujaan toksahlah cakap. especially yang si isteri ini (haku lah tu.. siapa lagi). macam dapat makan biskut Hup Seng Cap Ping Pong celup air teh o panas. nak nak tengah hujan pulak tu. tak pun pekena ubi rebus gaul bersama gula dan kelapa. pergggggghhhh. memang layan habissss. si isteri pun macam orang gila. duk asik tersenyum memanjang dari masuk istana budaya, start teater sampai la habis teater. eksaited gila punya pasal. memang antara benda yang paling best pernah terjadi dalam hidup aku. kesian gila kat aku kan. *sob*

Teater ini mengisahkan kehidupan Dato' Lat dari kecil sehinggalah beliau menjadi seorang kartunis yang dikagumi di seluruh negara dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ternyata bukan mudah untuk Dato' Lat mengecapi kemasyuran seperti sekarang. Beliau terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan. Dan untuk berjaya, beliau juga tepaksa mem'bayar' setiap masa dan tenaga yang dikeluarkan. Syabas Dato' Lat!






Dan bila melangkah ke dalam istana budaya.....




*pic credit to Ami Schaheera* 
first time masuk istana budaya, mulut ternganga kekaguman.
serius sangat kagum dan jakun.
Istana Budaya merupakan antara top ten most sophisticated theater di dunia.
Setanding dengan Royal Albert Hall, London.
AWESOME! 



Mari lihat beberapa scene dari teater ini:

*pic credit to Ami Schaheera* 
sungguh comel seluar slack hitam itu.

 When I grow up, I want to be a BLANK.
(--")
btw, i love you mrs hew~~~
Do what you love.. love what you do
Antara babak yang menyentuh perasaan.
 'John Wayne tak nangis'

*pic credit to Ami Schaheera*
*pic credit to Ami Schaheera* 

*pic credit to Ami Schaheera* 
Tahniah untuk Hans Isaac dan Harith Iskander kerana berjaya mengarah
teater muzikal ini dengan jayanya.
Time Hans Isaac keluar ni, sambil tepuk tangan
aku dengan tak malunya terjerit 'hensemnyee.... hensemmmnyeeee'
banyak kali ok.
teruja tengok hans secara live
Mamat sebelah encik suami siap duk pandang-pandang aku.
OMG.
malu giler!!
sungguh isteri yang tak pandai behave.
(T_T)
tapi seriously hans memang handsomeeee gileeeerrrr.
oh indah sungguh ciptaan Allah ;)

 Kalau korang nak tahu, ini adalah komik pertama yang Dato' Lat 
hasilkan semasa beliau berusia 13 tahun.
Hasil dari penerbitan ini, beliau mendapat RM 25.00.
banyak lah tu kalau nak compare zaman dulu dengan sekarang.
AWESOME!


 tercabut sudah. 
bukan encik suami yang buat tahu


Original work of Dato' Lat




What i can say bout this theatre :

  1. Teater muzikal ni berlangsung selama 2 jam setengah dan ada intermission selama 20 minit. Time intermission tu kalau korang nak pergi toilet ke nak beli makanan ke suka hati korang lah. Tapi kitorang hanya stay dalam hall tu je. malas nak keluar-keluar. 
  2. Part paling inspiring bagi saya ialah time Mrs Hew mengajar English.  DWYL LWYD. Do what you love & love what you love. Lakonan Sandra Sodhy sebagai Mrs Hew ni memang sangat sangat mantap. saya beri  4 bintang untuk lakonan beliau. Suara beliau pun mantap. i love you Mrs Hew!! Pelakon lain pun semua mantap-mantap. tapi agak kecewa pasal tak ada pun scene Awie menggoyangkan pinggul atau tulang selangka.
  3. Muzik terlalu kuat sampai kadang kala tak dapat dengar dengan jelas apa yang para pelakon sedang nyanyikan. Ada certain dialog juga tak berapa jelas hinggakan saya  terpaksa tanya encik suami balik diorang cakap apa. memang sengaja buli  saya yang sememangnya pekak badak ini. kejam oh!
  4. Walau ada certain part macam  agak bosan especially part Atilia.. tapi overall, memang best lah! tak rugi tengok. credit untuk hans isaac dan harith iskander. berbaloi-baloi!





    sekian.
    terima kasih.