Thursday, February 02, 2012

Bubu's 29th birthday

Assalamualaikum....



Lapan Januari 2012 yang lepas merupakan hari lahir encik suami yang ke dua puluh sembilan. 29. tapi nampak macam 22 je kan? ecewah! Hikss!! Seperti tahun yang lepas-lepas, si isteri cuba membuat satu kejutan buat encik suami. Pada dua tahun lepas, kejutan adalah seperti INI dan pada tahun lepas pula adalah INI.

Tahun ini agak berlainan sedikit dengan tahun-tahun yang lepas. Tema tahun ini berdasar kan kepada minat suami yang sangat-sangat mendalam dengan team bola Barcelona.

Al-kisahnya begini... seminggu sebelum birthday suami, dok pikir-pikir apa la nak buat untuk his birthday. Tiba-tiba terfikir nak tempah kek tema Barcelona. dah 2 tahun lebih hidup dengan encik suami. Memang dah masak sangat dengan minat encik suami. Beliau memang kipas-susah-mati Barcelona. Sanggup bangun pagi-pagi pukul 4-5 pagi semata nak tengok team Barcelona kesayangan beliau nih. Semuanya nak Barcelona. Jersey nak Barcelona, boxer nak Barcelona, mafla nak Barcelona, stokin pun nak sama warna dengan Barcelona, semua pun nak barcelona lah! Mencik tau!

So, berusalah cari gambar contoh-contoh kek yang ada unsur-unsur barcelona kat google. Dah carik design yang berkenan, terus order dengan Kak Huda si pembuat kek yang hebat!  Alhamdulillah, Kak Huda dapat membuat kek tersebut dengan jayanya! *tangan mengepak-ngepak sambil buat chicken dance*

Ingat nak surprise kan dengan kek je.. tapi tiba-tiba idea untuk meng-decorate-kan rumah dengan tema Barcelona datang dengan mencurah-curah  3 hari sebelum birthday encik suami. So hari-hari balik rumah lambat dari biasa. Sebab nak cari barang-barang. Bagitau encik suami, kerja banyak. terpaksa lah balik lewat. rasa berdosanya tipu encik suami. (tapi dah mintak maaf!) uhuh.  Lepas tu, barang-barang yang dah beli tu simpan diam-diam dalam kereta. Bila encik suami takde kat rumah, cepat-cepat bawak masuk dalam rumah. Kek pun cepat-cepat sorok dalam bilik. Nasib lah kek fondant, so memang tahan lah letak kat luar fridge 2-3 hari. Lepas tu terpaksa tunggu encik suami masuk tidur dulu baru keluarkan barang-barang tadi dan mulakan operasi yang dinamakan 'Operasi Mari Membarcelonakan Harijadi Bubu'. Tiga hari jugaklah operasi ini dijalankan dengan penuh berhati-hati dan tersembunyi. Risau je operasi ini dapat dihidu oleh encik suami. Akibatnya, mata menjadi semakin panda ;(((

Tepat jam 12 malam pada 8 Januari 2012, hanya nyanyi dan ucap selamat harijadi saja untuk Encik Suami. Mulanya dah plan nak bagi sebiji cupcake bentuk bola. Tapi last-last tak jadi sebab risau encik suami tahu surprise yang akan beliau dapat. so, hanya nyanyi dan wish je la. Lepas tu minta maaf sebab tak de buat plan pape. pandai tak cik isteri nih? uhuhuh ;p

Lepas solat subuh 8 Januari 2012 tu, terus berjaga nak buat final touch untuk 'Operasi Mari Membarcelonakan Harijadi Bubu'. Encik suami pula baru nak masuk tidur setelah satu malam tak tidur sebab duk kusyuk tengok bola. So biarkan je lah encik suami tidur sekejap dulu.. dia taktau tu nanti kena paksa bangun! hikss~

Lepas dah siap gantung and prepare semua, terus kejut encik suami dalam pukul 9 pagi. Kesian encik suami... Baru sejam lebih kot dibuai mimpi. Dahla kena paksa dengan si isteri  untuk pakai jersey Barcelona. Mata encik suami pulak kena tutup dengan mafla Barcelona. Encik suami ikutkan saje. huhuh... Kemudian, encik suami dipimpin  ke our living room....




jeng... jeng... jeng.....



SURPRISE !!



Happy 29th birthday, bubu!

Kawan-kawan,  haram tau tiup lilin masa sambut harijadi ni. Haram kerana amalan ini tiada dalam agama Islam tapi hanya ada dalam agama Kristian sahaja. Rasulullah S.A.W bersabda "barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golonganku" Masa ni tiada kesedaran lagi... tapi satu hari tu, mama tegur pasal ni. Terus tersedar dengan kekhilafan diri. Lepas ni tak nak tiup lilin dah! amin.

Okay. logo Barca kene tutup sebab ada seorang hamba Allah telah menegur tentang lambang salib yang terdapat dalam logo Barcalona. Sebelum ini memang tidak tahu lambang itu adalah salib. bila dapat komen tersebut, terus tergerak hati mahu google history of Barca's logo. and yes, lambang T warna merah dalam logo Barcalona diambil dari lambang cross St George, seorang catholic. Terima kasih kepada hamba Allah yang menegur tentang hal ini. dan saya juga dapat ilmu baru mengenai asal-usul lambang tersebut yang turut diguna pakai untuk bendera Georgia, Sweeden, New South Wales, Sardinia dan banyak lagi.
Ni kerja last minute.
Alhamdulillah, sangat berpuas hati dengan hasil tangan sendiri.  ;)


Beautiful Barcelona cake made by  
Memang selalu order kek and cupcake dengan Kak Huda. Kek dia semua
memang sangatttttt... SEDAP!


Priceless expression.
Ini muka tidur sejam setengah lepas tu kena paksa bangun tidur 
dan kena paksa pakai jersey Barcelona.
Muka kasihan betul! 
tihehehe~

Tapi beliau memang tak sangka betul cik isteri beliau ni nak buat surprise dengan theme Barcelona ni. Sebab selalu cik isteri duk kutuk-kutuk Barcelona je. uhuh ;p



Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum wbt :)