Wednesday, November 14, 2012

Mumu's 29th birthday -entry terperam- uhuh


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Assalamualaikum...



Ini adalah entry yang terperam sejak 7 bulan yang lepas.Dengan tidak malunya, mahu juga update dalam blog ini. hew hew hew. Gatal nak update blog tetapi tiada idea mahu update cerita apa. Korek-korek draft tengok entry ini masih tersimpan rapi...tak berusik sejak 7 bulan yang lepas.... hari ini dengan gigih cuba siapkan entry ini. uhuh. takpekan.. ahahaha ;p

Ceritanya begini.. Pada 22 April 2012 yang lepas, seorang wanita yang tak berapa nak muda telah menyambut hari kelahirannya yang ke 29. Alhamdulillah, panjang umur beliau. Semoga beliau dikurniakan umur yang panjang dan dapat memanfaatkannya dengan kebaikan. Amin. Eh korang kenal ke perempuan ni? Macam kenal kan.. Perempuan comel ini merupakan isteri solehah dan bakal menjadi ibu mithali kepada anak-anak yang soleh dan solehah. Amin. Suami beliau pula merupakan lelaki yang kacak bergaya dan juga suami mithali yang bakal menjadi ayah yang penyayang kepada anak-anak yang cemerlang di dunia dan akhirat. Amin. Mintak tolong korang aminkan ye. Semoga Allah makbulkan doa-doa tersebut. Amin. hikssss! :p

Pada malam menjelang hari kelahiran isteri comel ini, si suami hanya memberikan ucapan selamat hari lahir. Isteri ni bujet ada lah surprise kan. Yela, sebelum ni si isteri comel ni sanggup bersengkang mata dan berpenat lelah membuat kejutan untuk suaminya. Tapi bila turn isteri, suami hanya sekadar bagi ucapan... FINE! Nak majokksss la macam nih! ahahahahhh.. acah je. Si isteri tak merajuk pun. Isteri tak kesah. eh eh ye ke tak kisah. Ok lah. ada la rasa sedih secoet dalam hati. se-coet jek. tapi cepat-cepat pujuk hati sendiri. Nak jadi isteri yang understanding dan solehah. Amin. hiksss ;)

Pagi keesokkannya, si isteri bangun la untuk memasak sarapan. Tengok-tengok si suami tiada di rumah. Eh eh pergi mana pulak suami soleh ni? Tiba-tiba si suami balik dengan macam-macam plastik di tangan. Ada mee goreng, nasi lemak, roti canai dan juga cupcakes! Oh rupanya si suami mahu membuat birthday breakfast surprise untuk si isteri. Ala. Comelnya. Walau surprise tidak berapa nak menjadi, tapi tetap comel di hatiku. uhuh.. berharap ada lagi surprise lain pada hari tersebut tapi sampai ke malam, tiada apa-apa. Oh.. ku pasrah. uhuhuhuh...

Hari-hari yang seterusnya berlalu seperti biasa. Si isteri pun sudah dapat menerima kenyataan yang tahun ini tiada birthday surprise. Si isteri redha... (T_T)

Sampaila pada 30 April 2012... seperti biasa, pada pagi tersebut, si isteri bangun untuk bersiap-siap untuk ke pejabat. Tengok-tengok si suami masih di rumah. Eh? Peliks! Selalunya awal-awal lagi si suami sudah pergi kerja. Si isteri pun kejutlah si suami takut-takut beliau ter-overslept selepas solat subuh. Bila kejut, suami beritahu hari ini ada meeting di luar jadi keluar lewat sedikit. Oh patutlah. Si isteri pun pergi la ke pejabat tanpa sebarang syak wasangka pada suami.

Bila menjelang petang, seperti kebiasaan, si suami akan bertanyakan is isteri balik pukul berapa. Suami beritahu petang ini ada meeting jadi akan balik lewat. Peh. banyak pulak meeting dia hari ini. Oleh disebabkan suami akan balik lewat, si isteri pun mengambil keputusan untuk balik lewat juga sebab mahu shopping barang dapur. baru adil dan saksama kan. hew hew hew. Time tengah shopping si suami asik dok telefon si isteri je tanya kat mana. Beliau pula tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Pukul 8.30 mlm, suami telefon.. 9.00pm telefon lagi.. 9.15pm pun telefon lagi. Bila suami telefon pukul 9.30pm, suami tanya di mana dan suruh balik sekarang juga kerana risaukan keselamatan si isteri. Isteri time tu tengah shopping kat kedai betul-betul depan rumah. Uhuhuh..

Si isteri pun balik ke rumah. Ketika mahu membuka pintu... jeng jeng jennnggggg. kasik efek suspense sket. uhuh... si isteri terkesima buat seketika kerana telah disambut oleh pari-pari berjantina lelaki yang bersayap merah jambu dan juga berkemeja T merah jambu. Si pari-pari sempat mengucapkan 'happy birthday' dengan penuh keseksian sambil tersenyum panjang hingga ke telinga. Anyonyonyonyonyo.. Comelnya pari-pari ni. Bisik hati. Eh? Eh! Baru tersedar rupanya pepari tersebuat ialah encik suami. Comelnya suami ni! bisik hati lagi ;p

Si isteri kemudiannya di bawa ke ruang tamu. Subhanallah. Ruang tamu dipenuhi belon berwarna merah jambu. Tengok atas meja ruang tamu, ada cupcake merah jambu, macaron merah jambu, air merah jambu, beruang merah jambu.. dan ada juga kek aiskerim yang telah cair baik akibat si suami salah timing mengeluarkan kek awal sangat. Kasihan suami. Kasihan kek. Si isteri rasa bersalah. sebab sibuk dok shopping barang dapur tamau balik-balik.;( tssskkk

Suami bawa isteri ke meja makan pula. Subhanallah. Si isteri terkesima buat kali ketiga. Kenapa? Kerana di atas meja terhidang roasted chicken, grilled lamb, sosej, french fries, baked beans, scrambled eggs dan steamed broccoli. Lengkap. Nampak sungguh menggiurkan! Semuanya di masak dalam masa sejam sahaja. Wah. Kagumnya. Rasa mahu menanges. Tetapi air mata sangat degil. Tidak mahu keluar.

Jom layankan gambar...


Pagi 22 April 2012...

Surprise birthday breakfast. 
Saja nak bagi isteri gemuk kan makan banyak cenggini.
tssssk!
 Cupcakes!
si isteri memang gile cupcake. uhuh
Alhamdulillah



Malam 30 April 2012
 
Ini dia sayap comel yang pepari pakai. 
Walau pepari tidak berwajah jambu seperti k-pop tetapi pepari tetap
comel bersayap merah jambu.
tihehe ~~
My sweet and simple birthday surprise.
Prepared with love by mr hubby.
i feel loved!
Alhamdulillah.
Kek aiskerim yang telah cair bair akibat encik suami salah timing 
keluarkan awal sangat dari peti ais. uhuh.
ye. cik isteri yang bersalah..
balik lambat sangat..
(T_T)
 
Muka busuk baru balik dari office
Kagum nya tengok suami boleh masak macam ni.
Susah payah siap tanya mak beliau macam mana nak
marinate ayam dan buat scrambled eggs yang sedap.
*terharu*
Kalau selalu macam ni kan best.
ehem. ehem.
;p
Gigihnya si suami tiup belon satu-satu. Cari kat kedai bendealah yang tiup belon tu tapi takde.
Dia cakap nak tiup lagi banyak-banyak, tapi tak larat...
Alorrr..terharunye dengar..


Rupa-rupanya, si suami ambil cuti satu hari pada hari tersebut. Semuanya semata-mata untuk men-seprais-kan si isteri. Berpenat lelah pergi beli barang untuk masak, tiup belon, masak bagai....Suami yang banyak sangat bersabar melayan bermacam-macam kerenah isterinya yang satu... Oh sweet la awak ni encik suami! Terima kasih bubu! Moga cinta kita kekal hingga ke jannah! Dan dikurniakan zuriat dan keturunan yang soleh dan solehah dari kalangan orang-orang yang dicintai-NYA..  Amin....

Walau tiada hadiah yang mahal, saya tetap bersyukur. Bersyukur sangat dengan nikmat yang telah dianugerahkan buat kami sekeluarga. Sentiasa dilimpahi rezeki yang tak disangka-sangka. Alhamdulillah. Kawan-kawan, marilah bersyukur dengan apa yang kita ada pada hari ini. Janganlah menangisi apa yang bukan milik kita. Nasihat ini khusus buat saya :'(

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah dengan limpah rahmah dan kasih sayang-Mu.