Saturday, December 15, 2012

Cerita harijadi model yang comey lote




سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Assalamualaikum w.b.t


Sedang belek-belek folder gambar di dalam komputer riba tiba-tiba teringat belum update lagi cerita ini. Walau sudah berlalu 5 bulan, tapi hati ini meronta-rotan mahu update juga. Mak tak kira!

Pada 15 Julai 2012 yang lepas, colleague saya yang sangat comel, iaitu cik Lili telah menganjurkan satu parti hari jadi yang sangat lah ohsem dan comel di Taman Tasik Titiwangsa. Harijadi beliau jatuh pada 16 Julai tapi oleh kerana 16 Julai itu ialah hari Isnin, jadi buat sehari awal. Parti ini ekslusif untuk orang-orang yang osem sahaja. Dan tak sangka pula saya terpilih untuk diberikan jemputan ke parti osem ini. Maknanya apa tu? Wah. Tak sangka saya telah dianggap osem oleh cik Lilie. Oh. Terharunya. Girangnya hati ini! Dalam diam-diam rupanya beliau menganggap saya osem. Dalam hati ku tiba-tiba ada taman! gituwww! ahahahhh ;p

Tema pakaian adalah warna putih. Manakala tudung/accessories pula hendaklah berwarna turquoise atau coklat. Tetapi ada juga yang tidak ikut tema tau. Nak kena babap nih! Wachaaaa! uhuh. Tak aci tau sebab susah payah tau saya mencari baju putih dan tudung turquoise tu. Akhirnya dapat juga beli di Muaz, Jalan Tar. Harga tudung, RM 5.90! Baju pula RM24.90! Wahhhh. suka sukaaa! Alhamdulillah! Hiks.

Baiklah. Sudah malas taip panjang-panjang. Jom cekidaut gambar-gambar ...



Venue : Taman Tasik Titiwangsa
Date : 15 July 2012
Idea & Prop : Lilie & Zuryn Haniran
Photographer : Zuryn Haniran
Awesome guests : Malis, Zurin, Dilla, Huda, Adik Dilla, Siti, Iwan dan Nadia Bayu
VVIP : Cik Lilie



Birthday girl yang comey lote.
Kelate mari.
 My colleague & model untuk Khaylaa Hijab
Lebiu Lilie!


Terima kasih banyak-banyak Cik Lilie sebab sudi jemput ke party anda yang sangat lah osem ini. Siap dapat goodie bag lagi! Secara personally sangat-sangat suka idea and deco untuk Lilie's 27th birthday ni. Kreatif betul Cik Lilie. Kami semua mendoakan Cik Lilie dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dirahmati dan diredhai-NYA. Amin.